2025-08-25 HaiPress

Khazanah Nasional Bhd menyatakan pelaburannya dalam FashionValet adalah sebahagian daripada strategi modal teroka domestik yang berisiko tinggi,susulan dapatan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).
KUALA LUMPUR,23 Ogos - Khazanah Nasional Bhd menyambut baik dapatan serta cadangan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) berhubung pelaburannya dalam FashionValet serta pendekatan lebih luas terhadap strategi pelaburan modal teroka (VC) domestik.
Khazanah dalam kenyataan berkata,dalam sesi perbincangan bersama PAC,pihaknya mengambil peluang menjelaskan strategi VC domestiknya termasuk sifat pelaburan yang berisiko tinggi seperti FashionValet.
“Selain itu,kami turut memberikan gambaran menyeluruh mengenai rangka kerja tadbir urus pelaburan secara keseluruhan,yang merangkumi pendekatan kelulusan pelbagai peringkat serta semakan risiko dan urus niaga secara bebas,” jelasnya dalam kenyataan.
Seperti yang dinyatakan oleh PAC,strategi perniagaan FashionValet telah terkesan akibat kejutan luaran yang tidak dijangka,khususnya strategi semua saluran,selain daripada pandemik COVID-19 dan perubahan dalam tingkah laku pengguna.
“Bagaimanapun,kami mengakui penilaian PAC serta pengajaran yang diperoleh,termasuk syor untuk mempertingkatkan komunikasi awam mengenai strategi VC Khazanah,sifat berisikonya,serta peranan kami dalam memacu inovasi,” tambahnya.
''Walaupun berisiko,pelaburan VC penting untuk memupuk syarikat pemula niaga,merangsang inovasi dan mengukuhkan daya saing negara,'' jelasnya.
Khazanah komited untuk memperkukuh proses dalamannya termasuk mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Portfolio (PMC) setiap bulan bagi meneliti perkara termasuk pengurusan risiko,kemas kini syarikat dalam portfolio,serta ulasan penilaian terhadap semua pelaburan.
Pihaknya akan terus berusaha mengimbangi disiplin kewangan dengan objektif pembangunan negara,berpandukan tadbir urus yang kukuh serta akauntabiliti yang jelas.
“Pendekatan ini akan memastikan penciptaan nilai jangka panjang yang mampan,di samping memberi sumbangan positif kepada pembangunan sosioekonomi Malaysia,” tambah Khazanah.
iCAUR Melakukan Kemasukan Strategik ke Asia Tengah: Mengumumkan Pelancaran Global V27 di UAE
Hefei Spring Festival Gala Sub-Venue: Understanding the City's “Union” Through Four Moments of Palms Meeting
Websea Lancar Seni Bina "Double Pool" Insurans Kontrak: Memulakan Era Baharu Pengurusan Risiko Terperinci
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Websea Naik Taraf Insurans Kontrak: Jaminan Menyeluruh Terhadap Risiko Dagangan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur