2025-08-25 HaiPress

PETRONAS Gas Berhad (PGB) mengesahkan semua infrastruktur dan fasiliti saluran paipnya di kawasan terjejas kekal selamat serta beroperasi sepenuhnya susulan gegaran kecil berhampiran Segamat,pagi tadi / Foto Hiasan / Bernama
KUALA LUMPUR,24 Ogos - PETRONAS Gas Berhad (PGB) mengesahkan semua infrastruktur dan fasiliti saluran paip di kawasan terjejas kekal selamat dan beroperasi sepenuhnya susulan gegaran kecil yang berlaku berhampiran Segamat,Johor pagi tadi.
PGB dalam kenyataan memaklumkan,pasukan teknikal dan wilayah syarikat telah segera melaksanakan protokol keselamatan piawai sebaik menerima makluman mengenai gegaran tersebut.
“Pemeriksaan dijalankan di Stesen Pemampat Segamat,Stesen Kawalan Segamat serta sepanjang laluan saluran paip berkaitan sebagai sebahagian prosedur keselamatan. Hasilnya,tiada sebarang gangguan dikesan.
"Pemantauan melalui sistem SCADA turut mengesahkan tahap tekanan dan parameter operasi berada dalam keadaan stabil,” jelas kenyataan itu.
PGB turut mengekalkan komunikasi aktif dengan pihak berkuasa tempatan serta Jabatan Meteorologi Malaysia bagi mendapatkan perkembangan terkini berhubung kejadian tersebut.
“Kami akan terus mengutamakan keselamatan orang awam dan operasi syarikat melalui pemantauan rapi serta bersedia bertindak mengikut keadaan,” tambah PGB.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur