2025-08-25 HaiPress

FOTO HIASAN
KUALA LUMPUR,25 Ogos - Ringgit meningkat semula,dibuka tinggi berbanding dolar AS pada Isnin selepas Pengerusi Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) Jerome Powell memberi petunjuk mengenai kemungkinan penurunan kadar faedah pada September.
Pada 8 pagi,mata wang tempatan meningkat 210 peratusan dalam mata (pip) kepada 4.2035/2270 daripada 4.2245/2295 semasa ditutup pada Jumaat lepas.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata jangkaan terhadap penurunan kadar faedah pada September semakin tinggi selepas kenyataan Powell di Simposium Dasar Ekonomi Jackson Hole pada Jumaat lepas.
Beliau berkata pendirian dasar monetari yang ketat mungkin memerlukan pelarasan mengambil kira prospek ekonomi yang berubah dan keseimbangan risiko yang tidak statik,” katanya kepada Bernama.
Pelabur telah meningkatkan jangkaan terhadap penurunan kadar faedah pada mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) pada 16 hingga 17 September.
Mohd Afzanizam berkata hasil Perbendaharaan AS jangka pendek merosot lebih banyak berbanding sekuriti jangka panjang.
“Hasil untuk tempoh dua tahun mencatatkan 3.68 peratus,berkurangan 11 mata asas pada Jumaat lepas manakala hasil 10 tahun susut tujuh mata asas kepada 4.26 peratus,” katanya.
Beliau berkata prospek mata wang pasaran sedang pesat membangun,termasuk ringgit dilihat lebih baik berbanding dolar dalam tempoh terdekat.
Pada masa yang sama,ringgit dibuka rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.
Ia merosot berbanding pound kepada 5.6781/7098 daripada 5.6659/6726 pada Jumaat lepas,berkurangan berbanding yen Jepun kepada 2.8545/8704 daripada 2.8408/8443 dan rendah berbanding euro kepada 4.9210/9485 daripada 4.8996/9054.
Ringgit bercampur-campur berbanding mata wang ASEAN lain.
Ia mengukuh berbanding rupiah Indonesia kepada 257.0/258.6 daripada 258.3/258.7 dan tinggi berbanding peso Filipina kepada 7.38/7.43 daripada 7.42/7.43.
Bagaimanapun,ringgit merosot berbanding dolar Singapura kepada 3.2776/2962 daripada 3.2763/2805 dan berkurangan berbanding baht Thailand kepada 12.9602/13.0423 daripada 12.9387/9592 pada Jumaat lepas.- BERNAMA
Websea Umum Pembakaran Besar-Besaran 57 Juta WBS, Pasaran Menilai Semula Nilai Jangka Panjang Token Platform
J.P. Morgan 投資學院與 Morgan 機構知識通道:在新金融時代重建全球知識標準
Kepercayaan Dalam Ribut: Insurans Kontrak Mencetus Revolusi Pengurusan Risiko Web3
Genomik untuk Kesihatan Tumbuhan: Sumbangan Kumpulan BGI terhadap Kepelbagaian Tumbuhan dan Keselamatan Makanan
AIF(香港)投资学院宣布与合盈证券达成战略合作 携手推动亚洲专业投资教育升級,扩大OTC的交易深度和广度
Festival Tanglung Taiwan 2026 Menerangi Chiayi! “Light Up Chiayi: Super Style” Bergandingan dengan Super Mario, Lancarkan Tanglung Blok Soalan Edisi Terhad
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur