2025-08-25 HaiPress

Foto fail
KUALA LUMPUR,24 Ogos – Kejayaan Malaysia meraih pelaburan diluluskan sebanyak RM190.3 bilion pada separuh pertama 2025 mencerminkan keyakinan berterusan pelabur antarabangsa terhadap daya tarikan negara sebagai destinasi pelaburan serantau.
Ketua Penyelidikan Pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors Sdn Bhd,Mohd Sedek Jantan berkata,antara pemangkin utama ialah usaha kerajaan memperkukuh kecekapan perkhidmatan pelaburan,misi promosi perdagangan secara agresif dan proses kelulusan yang dipermudah.
Walaupun berdepan ketidakpastian tarif perdagangan Amerika Syarikat,Malaysia masih menawarkan kelebihan dengan kedudukan yang strategik dan keupayaan memanfaatkan kepelbagaian rantaian bekalan.
"Bagi pelabur,Malaysia dilihat sebagai destinasi selamat kerana kestabilan dasar domestik dilihat mampu mengimbangi risiko global seterusnya mewujudkan peluang di sebalik ketegangan perdagangan tersebut.
Malaysia bukan sahaja mengekalkan aliran masuk Pelaburan Langsung Asing (FDI),malah berpotensi meraih limpahan perdagangan daripada strategi syarikat multinasional yang ingin mempelbagaikan operasi mereka di luar China atau pasaran yang terdedah secara langsung kepada tarif AS,'' katanya.
Tambah beliau,prospek pelaburan domestik turut positif dengan sumbangan RM83.5 bilion,disokong keyakinan pelabur tempatan,dasar kerajaan yang jelas dan agenda reformasi industri jangka panjang.
Namun,pelaburan domestik perlu diselaraskan dengan matlamat pembangunan mampan bagi menyokong pertumbuhan jangka panjang melalui peningkatan modal tempatan dan pengurangan pergantungan kepada aliran modal asing.
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur