2025-08-25 HaiPress

Meneroka potensi kerjasama merealisasikan usaha pemasangan CKD / Foto
KUALA LUMPUR,25 Ogos – Persatuan Pengimport & Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (PEKEMA) sedang meneliti pelan untuk memulakan pemasangan tempatan (completely knocked down – CKD) kenderaan elektrik (EV) sebagai langkah strategik memperkukuh daya saing ahlinya dalam pasaran automotif yang semakin kompetitif.
Presidennya,Datuk Mohamed Nazari Noordin,berkata keyakinan itu hadir selepas melihat perkembangan positif apabila sebuah syarikat automotif antarabangsa baru-baru ini mengumumkan rancangan membuka kilang CKD di Perak.
Menurutnya,perkembangan tersebut jelas menunjukkan Malaysia terus menjadi tumpuan pelabur luar. Sehubungan itu,PEKEMA kini mengadakan rundingan dengan beberapa pihak berkepentingan bagi meneroka potensi kerjasama ke arah merealisasikan usaha pemasangan CKD berkenaan.
“Kami juga sedang berbincang dengan beberapa pihak mengenai cadangan menjalankan pemasangan CKD bagi model yang kini dibawa masuk secara import (completely built-up – CBU). Buat masa ini,terdapat dua hingga tiga pihak yang sedang berunding dengan kami,” katanya ketika berucap pada Majlis Makan Malam Golf Amal PEKEMA Edisi Ke-11 Tahun 2025.
Beliau menambah,Perak dilihat sebagai lokasi strategik kerana mempunyai infrastruktur lengkap untuk menyokong operasi pemasangan EV.
Dalam pada itu,limpahan daripada aliran masuk pelaburan diluluskan sebanyak RM190.3 bilion yang diumumkan kerajaan baru-baru ini dijangka memberi kesan positif kepada ekosistem automotif negara,khususnya dalam memacu minat pemain industri untuk menjalin kerjasama.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur