2025-08-28 HaiPress

Menteri Besar Pahang,Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail/Foto BERNAMA
KUANTAN,27 Ogos - Kerajaan Negeri Pahang menegaskan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang menceroboh tanah secara haram di daerah Raub.
Menteri Besar Pahang,Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata Operasi Penguatkuasaan Bersepadu Durian Haram Raub atau Ops Sekat kini memasuki Fasa 4 bermula 21 Julai lalu.
Menurutnya,sehingga kini lebih 25,000 ekar kawasan durian haram telah disekat laluan keluar masuk,manakala 260 ekar tanaman durian haram di Hutan Simpan Kekal Gunung Benom telah ditebang.
"Menerusi operasi terbabit,seramai 45 individu telah ditahan melibatkan 20 kes kesalahan di bawah Kanun Tanah Negara,Akta Perhutanan Negara,Akta Imigresen serta Akta Senjata.
"Sebanyak 129 individu telah ditangkap di bawah pelbagai kesalahan,dengan 12 kes dibawa ke mahkamah sepanjang Ops Sekat dijalankan bermula 25 April tahun lalu," jelas beliau dalam satu kenyataan,hari ini.
Operasi diketuai Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang (UPNP) itu dilaksanakan secara bersepadu melibatkan pelbagai agensi termasuk Pejabat Daerah dan Tanah Raub,Jabatan Perhutanan Negeri Pahang,Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA),Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Kerajaan Negeri Pahang mengingatkan semua pihak,tanah kerajaan dan Hutan Simpan Kekal adalah khazanah negeri yang wajib dipelihara.
Sebarang cubaan untuk menceroboh,menanam atau mengaut keuntungan secara haram adalah satu perbuatan jenayah dan tindakan paling tegas akan dikenakan tanpa pengecualian.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur