2025-08-28 HaiPress

Ketua Pengarah JPJ,Datuk Aedy Fadly Ramli,pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Peluncuran Pembayaran Tanpa Tunai Melalui Kaedah E-Dompet di Ibu Pejabat JPJ,di Putrajaya.
PUTRAJAYA,27 Ogos - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mendedahkan lebih 60 peratus syarikat yang diaudit menerusi JPJ Inspection and Safety Audit (JISA) gagal melepasi penilaian yang dijalankan baru-baru ini.
Ketua Pengarah JPJ,Datuk Aedy Fadly Ramli berkata,fasa pertama audit berkenaan dilaksanakan bermula 23 Jun hingga 31 Julai lalu,melibatkan 500 syarikat Kenderaan Perkhidmatan Awam dan Kenderaan Perdagangan Barangan di seluruh negara.
"Bagi syarikat-syarikat gagal kita beri tempoh kepada mereka untuk membuat pembetulan terlebih dahulu dan kalau tidak dapat dibetulkan dalam tempoh tersebut kita akan syorkan kepada Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) untuk tindakan pembatalan permit," tegasnya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Peluncuran Pembayaran Tanpa Tunai Melalui Kaedah E-Dompet di Ibu Pejabat JPJ,di sini hari ini.
Dalam perkembangan lain,JPJ turut merekodkan sebanyak 46.5 juta transaksi tanpa tunai setakat 24 Ogos lalu,dengan kutipan berjumlah RM5.6 bilion.
Kaedah pembayaran tanpa tunai melalui aplikasi e-dompet kini dilaksanakan di semua kaunter JPJ di seluruh negara,menggunakan platform Touch ‘n Go,GrabPay,MAE dan Boost.
Langkah ini katanya,adalah sebahagian usaha meningkatkan kecekapan serta mengurangkan kebergantungan kepada tunai di kaunter.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur