2025-08-28 HaiPress

Datuk Seri Fadillah Yusof
BUSAN,27 Ogos - Malaysia menyokong sepenuhnya sasaran yang ditetapkan Korea Selatan selaku tuan rumah Mesyuarat Menteri-Menteri Tenaga APEC (APEC EMM15),dengan tema 'Accelerating Sustainable,Affordable,Reliable,Secure and Innovative Energy for a Prosperous Future'disifatkan selaras dengan agenda peralihan tenaga negara.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata,matlamat tersebut bertepatan dengan keutamaan Malaysia dalam mengimbangi keselamatan tenaga,kelestarian dan kemampuan.
"Malaysia yakin Kumpulan Kerja Tenaga (EWG) boleh memperkukuh peranannya dengan meningkatkan kerjasama dalam bidang inovasi dan pendigitalan,termasuk penggunaan kecerdasan buatan (AI) dalam sistem tenaga.
"Selain itu,EWG juga boleh memajukan dialog dasar mengenai rangka kerja pembiayaan dan pelaburan hijau bagi mempercepatkan peralihan tenaga,serta memperkukuh kerjasama dalam perdagangan kuasa rentas sempadan dan pembangunan grid serantau,yang penting untuk memastikan bekalan tenaga yang boleh dipercayai,mampan dan mampu milik," katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucaptama pada Pembukaan Mesyuarat Menteri-Menteri Tenaga APEC ke 15 (APEC EMM15) di sini.
Datuk Seri Fadillah menegaskan Malaysia percaya EWG mampu memperkukuh peranan dengan memberi tumpuan kepada inovasi,pendigitalan termasuk penggunaan kecerdasan buatan (AI),dialog dasar mengenai pembiayaan hijau,serta kerjasama perdagangan kuasa rentas sempadan dan grid serantau.
Malaysia kekal teguh menerusi Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Nasional yang menyasarkan 70 peratus kapasiti tenaga boleh baharu menjelang 2050.
Selain itu,ia berpotensi mewujudkan pekerjaan hijau bernilai tinggi,menyokong Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) serta memastikan peralihan yang adil dan inklusif.
Malaysia juga berharap dapat bekerjasama rapat dengan semua ahli APEC bagi memastikan EWG terus menyampaikan inisiatif berkesan dalam memacu pertumbuhan mampan,meningkatkan keselamatan tenaga serta membolehkan peralihan tenaga adil dan inklusif dalam rantau ini.
SOUEAST returns to Dubai Fashion Week as official automotive partner, redefining aesthetics of mobility
Pengaruh Thailand dengan berjuta-juta pengikut berpusu-pusu ke Gunung Emei untuk perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bertaraf antarabangsa, menjadikannya tarikan utama
Daripada Bon Perbendaharaan AS kepada Komoditi Fizikal: BullNus Cuba Membina Kitaran Tertutup Perniagaan RWA Berpacukan "Dunia Fizikal"
Pelindung dalam Pasaran Volatil: Kepentingan 'Copy Trading' Terjamin Modal Websea
RF RACER Brand Leverages Motorsport Heritage for Engineering Excellence
Paradigma Baharu untuk Laluan Pengundian: Daripada Pengagregatan Maklumat kepada Pengaset Konsensus, Penentuan Kedudukan dan Pelaksanaan Praktikal OracleX.
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur