2025-08-28 HaiPress

Dr. Mohd Zamri Ramli
JOHOR BAHRU,27 Ogos - Penduduk di kawasan terkesan gempa bumi di Segamat dan Batu Pahat disyor untuk melaporkan kerosakan struktur bangunan kepada pihak berkuasa bagi tujuan penyelidikan serta keselamatan.
Pensyarah Kanan Fakulti Kejuruteraan Awam,Universiti Teknologi Malaysia (UTM),Dr. Mohd Zamri Ramli berkata,laporan itu penting untuk menilai tahap kerosakan dan merangka reka bentuk infrastruktur lebih selamat.
Katanya,pihak berkuasa digesa mengemas kini peta reka bentuk bangunan di kawasan berisiko gempa,sekali gus membolehkan jurutera mempertimbang kod keselamatan lebih menyeluruh.
“Jurutera perlu mengambil kira aspek lebih luas daripada apa yang digariskan sebelum ini kerana kejadian sebegini tidak dijangka.
"Saya percaya MET Malaysia bersama Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) akan mengemas kini pemetaan bagi memudahkan jurutera mereka bentuk bangunan di kawasan berkenaan. Hal ini sangat penting,memandangkan sebelum ini skala gempa di Segamat merekodkan 4.1 magnitud," katanya ketika dihubungi RTM hari ini.
Berdasarkan data gempa bumi yang diperoleh sebelum ini,Dr. Mohd Zamri turut menjangkakan kemungkinan berlakunya gempa susulan berskala lemah di kawasan tersebut.
"Lazimnya gempa bumi kuat akan disusuli gegaran susulan. Gegaran utama dikenali sebagai mainshock,manakala gegaran seterusnya dipanggil aftershock,yang akan semakin lemah dan boleh berlarutan sehingga sebulan atau lebih," katanya lagi.
Gempa bumi lemah bermagnitud 3.2 yang berlaku pagi tadi merupakan gegaran ketiga direkodkan di Segamat sejak 24 Ogos lalu dengan gegaran turut dirasai di Selatan Pahang.
Sebelum ini,gegaran pertama bermagnitud 4.1 dikesan di daerah itu pada Ahad pukul 6.13 pagi,disusuli gegaran kedua dengan magnited 2.8 pada pukul 9.00 pagi hari sama yang turut menggegarkan Yong Peng.
iCAUR Melakukan Kemasukan Strategik ke Asia Tengah: Mengumumkan Pelancaran Global V27 di UAE
Hefei Spring Festival Gala Sub-Venue: Understanding the City's “Union” Through Four Moments of Palms Meeting
Websea Lancar Seni Bina "Double Pool" Insurans Kontrak: Memulakan Era Baharu Pengurusan Risiko Terperinci
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Websea Naik Taraf Insurans Kontrak: Jaminan Menyeluruh Terhadap Risiko Dagangan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur