2025-08-28 HaiPress

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama),Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar,pada Forum Antarabangsa Pengesahan Ijazah Al-Quran dan Pengiktirafan Qari ASEAN di di Pusat Dagangan Dunia (WTC),Kuala Lumpur/Foto FB Dato' Setia Dr. Naim
KUALA LUMPUR,27 Ogos - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Liga Muslim Dunia (MWL) bekerjasama membincangkan kepentingan mengiktiraf golongan qurra’ (qari al-Quran) dengan menentukan piawaian bacaan al-Quran mengikut tradisi sanad yang sahih bagi memelihara keaslian warisan suci serta menangkis bacaan dipalsukan atau diseleweng secara digital.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama),Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata,Forum Antarabangsa Pengesahan Ijazah Al-Quran dan Pengiktirafan Qari ASEAN akan menjadi platform perbincangan dan proses penyeragaman pengiktirafan tersebut.
"Program yang kita jalankan bersama MWL ini bermaksud apabila kita dapat berinteraksi dan berdiskusi dalam satu forum untuk menginstitusikan sanad bacaan serta memastikan seseorang itu membaca Al-Quran secara sah dan sampai kepada Rasulullah SAW. Secara tidak langsung,ini turut mengangkat salah satu teras utama yang ingin kita bawa dalam Pelan Transformasi Al-Falah," katanya selepas menghadiri forum anjuran MWL dan JAKIM itu,di Pusat Dagangan Dunia (WTC),di sini.
Majlis turut dihadiri Setiausaha Agung MWL,Sheikh Dr. Mohammad Abdul Kareem al-Issa dan Ketua Pengarah JAKIM,Datuk Dr. Sirajuddin Suhaimee.
Pada majlis itu,lebih 30 qari dari pelbagai negara telah dikurniakan pengesahan ijazah al-Quran dan 10 qari termasuk guru al-Quran terkenal dari negara-negara ASEAN dikurniakan Anugerah Tokoh Qari termasuklah Tokoh Guru Al-Quran Negara dan Penyiar Muqaddam,Allahyarham Tan Sri Hassan Azhari serta johan Majlis Tilawah Al-Quran Antarabangsa 2014,Ahmad Tirmizi Ali.
"Alhamdulillah pengiktirafan ni membakar semangat saya untuk terus menyebarkan al-Quran. MWL nisatu organisasi yang begitu besar yg berpusat di Arab Saudi yang memang terkenal dengan memberi bantuan ataupun mengangkat martabat al-Quran di seluruh dunia," katanya.
iCAUR Melakukan Kemasukan Strategik ke Asia Tengah: Mengumumkan Pelancaran Global V27 di UAE
Hefei Spring Festival Gala Sub-Venue: Understanding the City's “Union” Through Four Moments of Palms Meeting
Websea Lancar Seni Bina "Double Pool" Insurans Kontrak: Memulakan Era Baharu Pengurusan Risiko Terperinci
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Websea Naik Taraf Insurans Kontrak: Jaminan Menyeluruh Terhadap Risiko Dagangan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur