2025-08-28 HaiPress

Itik Solor antara menu makanan warisan hampir pupus negeri Kelantan/ Foto RTM
KOTA BHARU,27 Ogos - Kira-kira 10 makanan warisan hampir pupus negeri Kelantan akan dipamerkan di Festival Cita Rasa Warisan @ Pantai Timur 2025: Jom Bekwoh di perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV,Kota Bharu pada 5 hingga 7 September ini.
Pengarah Bahagian Warisan Tak Ketara Jabatan Warisan Negara,Dr Eyo Leng Yan berkata ia sebagai salah satu usaha untuk memartabatkan dan menonjolkan kembali menu berkenaan supaya terus dikenali khususnya golongan anak muda.
Katanya,sesuatu menu itu dikategorikan hampir pupus jika jumlah pembuatnya kurang lima daripada 100 orang.
Antara menu hampir pupus termasuk Itik Solor,Nasi Seratus dan Ros Lidah.
“Kita kategorikan ia sebagai hampir pupus,sebabnya penggiat sudah tidak ramai,sebab kita tahu makanan tradisi ini,ia perlu pewaris untuk mewarisi,orang kata seni untuk membuat atau pun kearifan untuk membuat makanan tersebut,” kata beliau pada sidang media Festival Cita Rasa Warisan @ Pantai Timur: Jom Bekwoh,di sini hari ini.
Kelantan menjadi negeri ketiga bagi penganjuran festival berkenaan selepas Kedah dan Sabah yang bertujuan bagi mempromosi,memartabat dan melestarikan makanan warisan terutama makanan yang mendapat pengiktirafan sebagai Warisan Kebangsaan di Bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005 (Akta 645).
Mengulas lanjut beliau berkata,selain inisiatif menerusi penganjuran festival,pihaknya turut mendokumentasikan serta menghasilkan buku berkaitan makanan hampir pupus agar terus dikenali ramai.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur