2025-08-28 HaiPress

Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah
KUALA LUMPUR,27 Ogos- Perekodan data biometrik dicadangkan dalam Pindaan Akta Pendaftaran Negara 1959 (Akta 78) melibatkan imej 10 cap jari,anak mata dan imbasan muka bertujuan menambah ciri-ciri keselamatan.
Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata,terdapat keperluan penambahbaikan pengambilan perekodan dan penggunaan data biometrik yang bersesuaian dengan keadaan semasa serta tahap kerahsiaan dan keselamatan maklumat terutama berkaitan rekod pengenalan diri rakyat Malaysia
"Ia juga selaras dengan cadangan melaksanakan pengeluaran kad pengenalan struktur baharu bagi meningkatkan ciri-ciri keselamatan kad pengenalan oleh Jabatan Pendaftaran Negara," katanya.
Beliau memaklumkannya ketika menggulung RUU Pendaftaan Negara (Pindaan) 2025 yang kemudian diluluskan dengan lebih suara bersetuju di Dewan Rakyat.
Selain mengurangkan risiko pemalsuan identiti menerusi kad pengenalan diri,beliau turut memberitahu penambahbaikan perekodan data biomterik tersebut juga meningkatkan keberkesanan perkhidmatan kerajaan kepada rakyat termasuk pemberian subsidi,bantuan dalam pelbagai sektor seperti kesihatan dan pendidikan,serta musim pilihan raya.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur