2025-08-28 HaiPress

Foto RTM
SEPANG,27 Ogos – Kumpulan pertama sukarelawan Sumud Nusantara telah berlepas ke Barcelona bagi menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF).
Inisiatif itu bertujuan memberi advokasi,solidariti dan bantuan kemanusiaan bagi menuntut pengakhiran perang,selain mencabar sekatan Israel yang telah menyebabkan penduduk Gaza berdepan krisis kebuluran.
Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM),Datuk Dr Ahmad Sani Araby Al-Kahery berkata,kumpulan berkenaan terdiri daripada 15 sukarelawan mewakili pelbagai badan bukan kerajaan.
“Misi ini membawa bantuan makanan dan bekalan perubatan,selain menjadi simbol perpaduan global menentang konflik berterusan di Gaza.
"Usaha ini merupakan rentetan usaha yang dilaksanakan oleh MAPIM dan Cinta Gaza Malaysia melalui Konvoi Sumud Nusantara serta Himpunan Malaysiaku yang dinaungi Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Sudah tiba masanya dunia menzahirkan solidariti dalam bentuk tindakan nyata,termasuk melalui misi flotila,agar tumpuan diberikan kepada isu berpanjangan di Gaza dan kebuluran dapat dihentikan segera," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis pelepasan tersebut di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 di sini.
Datuk Dr Ahmad Sani turut memaklumkan,kumpulan tambahan sukarelawan dijangka menyertai misi tersebut pada Sabtu ini.
Selain itu,jelas beliau GSF merupakan gabungan 50 negara yang menggunakan laluan laut bagi menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Akses maritim dipilih kerana Israel mengenakan sekatan menyeluruh ke atas laluan darat,laut dan udara.
Kumpulan pertama akan memulakan pelayaran dari sebuah pelabuhan di Sepanyol pada 31 Ogos ini,dengan tempoh perjalanan dijangka mengambil masa 17 hari menuju perairan Gaza.
Sementara itu,Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia (CGM),Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman dilaporkan telah tiba lebih awal di Barcelona.
Ia bagi menyelaras persiapan bersama jawatankuasa induk antarabangsa GSF sebelum ketibaan kumpulan pertama.
Perkembangan terkini mengenai misi itu akan dimaklumkan secara berperingkat dengan mengambil kira aspek keselamatan sukarelawan.
Sebelum ini,media antarabangsa melaporkan sebuah flotila awam berskala besar dijadual belayar ke Gaza hujung bulan ini,dengan kumpulan pertama berlepas dari Sepanyol pada 31 Ogos,diikuti kumpulan kedua dari Tunisia pada 4 September.
iCAUR Melakukan Kemasukan Strategik ke Asia Tengah: Mengumumkan Pelancaran Global V27 di UAE
Hefei Spring Festival Gala Sub-Venue: Understanding the City's “Union” Through Four Moments of Palms Meeting
Websea Lancar Seni Bina "Double Pool" Insurans Kontrak: Memulakan Era Baharu Pengurusan Risiko Terperinci
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Websea Naik Taraf Insurans Kontrak: Jaminan Menyeluruh Terhadap Risiko Dagangan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur