2025-08-28 HaiPress

Foto AFP
PUTRAJAYA,27 Ogos – Malaysia mengecam sekeras-kerasnya serangan udara Israel ke atas Hospital Nasser di Khan Yunis,Gaza,yang mengorbankan hampir 20 nyawa termasuk anggota perubatan dan wartawan,selain mencederakan beberapa yang lain,pada Isnin lalu.
Wisma Putra menegaskan,tindakan menyasarkan hospital,petugas kemanusiaan dan wartawan adalah pelanggaran terang-terangan terhadap undang-undang antarabangsa,termasuk Konvensyen Geneva Keempat dan undang-undang kemanusiaan antarabangsa yang jelas melarang serangan ke atas fasiliti perubatan dan media.
Serangan itu sekali gus disifatkan sebagai jenayah perang yang tidak boleh dibiarkan tanpa hukuman.
"Malaysia turut menekankan serangan terhadap wartawan bukan sahaja meragut nyawa yang tidak berdosa,malah merupakan serangan langsung terhadap kebebasan media.
"Malaysia sekali lagi menggesa masyarakat antarabangsa khususnya Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) bertindak tegas bagi menghentikan kekejaman Israel serta memastikan rejim tersebut dipertanggungjawabkan sepenuhnya.
"Malaysia juga menyeru usaha digandakan ke arah keamanan menyeluruh,adil dan berkekalan berasaskan hak rakyat Palestin,termasuk penubuhan sebuah negara Palestin merdeka dan berdaulat,bersempadankan pra-1967 dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara," menurut kenyataan itu.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur