2025-08-28 HaiPress

Jambatan pejalan kaki merentasi Sungai Jhelum di Srinagar kelihatan lengang selepas paras air meningkat akibat hujan lebat hari ini/Foto AFP
PUTRAJAYA,27 Ogos - Kementerian Luar mengesahkan beberapa rakyat Malaysia terkandas di Jammu dan Leh,Ladakh susulan banjir besar serta tanah runtuh di utara India akibat hujan monsun berterusan.
Kementerian dalam kenyataan hari ini berkata Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi telah berjaya menghubungi mereka dan sedang mengatur kepulangan menerusi penerbangan terawal yang tersedia.
Menurut kenyataan itu,Suruhanjaya Tinggi juga sedang memantau rapi situasi di kawasan terjejas termasuk Jammu dan Kashmir,Himachal Pradesh,Punjab serta Arunachal Pradesh.
“Rakyat Malaysia dinasihatkan menangguhkan sebarang perjalanan tidak penting ke kawasan terjejas sehingga dimaklumkan kelak,selain digesa mendaftar keberadaan dengan Suruhanjaya Tinggi,mematuhi arahan pihak berkuasa tempatan serta mengambil langkah berjaga-jaga,” menurut kenyataan itu hari ini.
Untuk sebarang bantuan konsular,rakyat Malaysia boleh menghubungi Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi di talian +91-11-2415 9300/ +91-11-2688 1538 atau emel ke Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..
Kementerian menegaskan keselamatan dan kebajikan rakyat Malaysia di luar negara kekal menjadi keutamaan dan pihaknya akan terus memantau perkembangan terkini serta mengeluarkan makluman dari semasa ke semasa.
Hujan lebat serta tanah menyebabkan 33 orang maut dan lebih 20 cedera di Katra,Jammu dan Kashmir.
iCAUR Melakukan Kemasukan Strategik ke Asia Tengah: Mengumumkan Pelancaran Global V27 di UAE
Hefei Spring Festival Gala Sub-Venue: Understanding the City's “Union” Through Four Moments of Palms Meeting
Websea Lancar Seni Bina "Double Pool" Insurans Kontrak: Memulakan Era Baharu Pengurusan Risiko Terperinci
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Websea Naik Taraf Insurans Kontrak: Jaminan Menyeluruh Terhadap Risiko Dagangan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur