2025-08-28 HaiPress

Foto hiasan
KUALA LUMPUR,27 Ogos - Yayasan Waqaf Malaysia menerima sumbangan RM255,000 daripada lapan rakan kerjasama strategik sebagai tanda sokongan padu ke atas penganjuran Forum Zakat dan Wakaf Sedunia (WZWF) ke-14 pada Oktober depan.
Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Waqaf Malaysia Dr. Ridzwan Bakar berkata,forum yang akan diadakan di Kuching itu mencerminkan komitmen Malaysia dalam memperkukuh syiar Islam,memajukan ekonomi ummah serta memperluas impak global zakat dan wakaf.
"Antara pencapaian penting Malaysia dalam pembangunan sosial dan ekonomi Islam termasuk kepimpinan intelektual serta pengembangan produk dan perkhidmatan yang merentasi rantaian nilai perbankan dan kewangan Islam,termasuk institusi zakat dan wakaf.
"WZWF 2025 sekali lagi akan menampilkan usaha memperbaharui dan menghidupkan semula keusahawanan wakaf selaras dengan arus perkembangan teknologi digital,pembangunan sosioekonomi serta keterlibatan budaya," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menerima sumbangan dari lapan rakan strategik di ibu negara,antaranya Kumpulan MBSB,Lembaga Zakat Negeri Kedah dan Yayasan Infaq ANGKASA.
Majlis penyerahan itu disaksikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama),Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar.
Jumlah sumbangan itu dijangka bertambah menjelang persidangan forum itu pada 13 hingga 15 Oktober depan
Ia bertemakan Wakaf dan Zakat Global Baharu-Penyelesaian Inovatif Bagi Cabaran Kontemporari dan Pembangunan Ekonomi serta Digital Masa Hadapan bakal menghimpunkan peserta dari luar negara seperti Afrika Selatan,Australia dan negara-negara ASEAN.
Forum edisi ke-14 itu akan berlangsung di Hikmah Exchange Event Centre,Kuching,bersempena dengan ulang tahun ke-70 Majlis Islam Sarawak.
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur