2025-08-28 HaiPress

Foto FCoEE
KANGAR,28 Ogos -Semangat serumpun antara Malaysia dan Indonesia kembali disemarakkan apabila Universitas Muhammadiyah Sumatera Utara (UMSU) mengadakan kunjungan ke Pusat Kecemerlangan Pendidikan Faizuddin (FCoEE).
Ketua Delegasi Profesor Madya Dr. Muhammad Fitra Zambak berkata,hubungan dua negara serumpun itu tidak hanya memperkukuhkan jaringan akademik,malah menjadi jambatan hati dan nurani untuk memperluas usaha pendidikan,keusahawanan,teknologi serta pembangunan komuniti.
Usaha dilaksanakan UMSU disambut baik Pengerusi Eksekutif FCoEE,Profesor Emeritus Datuk Dr. Kamarudin Hussin yang menyatakan bahawa pihaknya akan bekerjasama dengan UMSU bagi berkongsi pengalaman dan inisiatif dilaksanakan bagi
membantu serta memangkin keluarga dan anak-anak asnaf melalui pelbagai inisiatif pendidikan dan pembangunan komuniti.
Kerjasama antara dua institusi dari dua negara tersebut berjaya mengikat jiwa dan tekad serumpun Malaysia–Indonesia untuk membina masa depan pendidikan yang lebih adil,inklusif,dan berimpak tinggi.
Kunjungan ini diyakini akan membuka lembaran baharu kepada lebih banyak program rentas sempadan yang menekankan aspek pemberdayaan komuniti,penyelidikan bersama,serta pengukuhan pembangunan insan seiring dengan cita-cita serumpun bagi melahirkan generasi berdaya tahan,berakhlak mulia,dan mampu bersaing di pentas dunia.
Selain itu,pihak UMSU juga melakukan kunjungan hormat ke Universiti Muhammadiyah Malaysia (UMAM).
Dua tongkang ditahan, gagal patuhi undang-undang perkapalan dan imigresen
Dakwaan Malaysia bekal diesel ke Filipina tidak benar
1,204 RIBI di P. Pinang layak nikmati cukai kadar nominal RM50 setahun
Pengurusan AI elak risiko ancaman digital
Malaysia kekal pendirian larang import e-waste
KETENGAH berpotensi jadi pemacu utama pembangunan wilayah mampan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur