2025-08-28 HaiPress

Tengku Ampuan Pahang,Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan merasmikan majlis ‘IIUM Alumni Ummatic Homecoming 2025’ / Foto RTM
GOMBAK,28 Ogos - Tengku Ampuan Pahang,Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan merasmikan majlis ‘IIUM Alumni Ummatic Homecoming 2025’ anjuran Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di Dewan Pusat Kebudayaan UIAM (ICC),Kampus Gombak,di sini,pada Rabu.
Pada majlis itu,baginda yang juga Ketua Perlembagaan UIAM turut berkenan menyempurnakan pelancaran buku alumni bertajuk 'Alumni UIAM Menggenggam Ilmu Menginspirasi Dunia'.
Turut berlangsung,sesi penyerahan Baju Batik Taaruf Pertama UIAM oleh Naib Canselor Universiti Sultan Azlan Shah,Prof Datuk Dr Wan Sabri Wan Yusof yang mewakili kumpulan alumni perintis UIAM kepada Rektor UIAM.
Sementara itu,Bank Rakyat (M) Berhad menyumbang RM1.28 juta bagi Bantuan Dermasiswa (Minhah) Pelajar Antarabangsa Bank Rakyat,khusus untuk pelajar Palestin dan pelajar minoriti Islam negara ASEAN.
Maybank Islamic Berhad pula menyalurkan RM857,000 melalui Program Tajaan Ijazah Sarjana Muda MIB,yang menyediakan sokongan kewangan penuh kepada pelajar tempatan sepanjang empat tahun pengajian.
Selain itu,alumni dan kakitangan UIAM turut menyumbang RM100,000 kepada Tabung ALSAFA (Alumni Scholarship and Financial Assistances) bagi membantu pelajar kurang berkemampuan.
Penganjuran ‘Homecoming’ bertujuan mengiktiraf sumbangan alumni di peringkat nasional dan antarabangsa,selain memperkukuh hubungan silaturrahim antara alumni dengan universiti.
Sebagai kesinambungan,pelbagai siri aktiviti akan dilaksanakan sepanjang Ogos hingga Oktober ini termasuk pertandingan bola sepak,ragbi,hoki,golf,larian,pendakian serta program ilmu seperti forum intelektual dan wacana buku.
Sehingga kini,UIAM telah melahirkan seramai 123,682 alumni yang berkhidmat dalam pelbagai bidang di peringkat nasional dan antarabangsa.
Prasarana bina generasi tenaga mahir pengangkutan awam melalui Program T-GEAR
Isu rumah ibadat perlu ditangani harmoni – KPN
Pendekatan damai mencerminkan kematangan rakyat Malaysia tangani perbezaan
Kos haji kekal: Beri peluang umat Islam tunai haji serta rancang kewangan
ABU DBS 2026 kembali, himpun penggiat industri penyiaran 30 Mac-2 April
PETRA perkukuh kesiapsiagaan banjir menjelang Aidilfitri
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur