2025-08-28 HaiPress

PWA 2025 menampilkan 49 penceramah dari 12 negara dengan fokus kepada pembangunan ruang awam inklusif dan berdaya huni. Foto- RTM
PETALING JAYA,28 Ogos- Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) buat pertama kali menjadi tuan rumah Placemaker Week ASEAN (PWA) 2025,acara berprestij serantau yang menghimpunkan pakar perancangan bandar dari dalam dan luar negara.
Bertemakan Places That Have Value for People,program lima hari itu bermula semalam hingga Ahad di Dewan Sivik MBPJ dengan tumpuan kepada pembangunan ruang awam yang inklusif,berdaya huni dan berteraskan komuniti.
Datuk Bandar Petaling Jaya,Mohamad Zahri Samingon menegaskan komitmen pihaknya memperkukuh kesejahteraan masyarakat melalui konsep placemaking (pembentukan ruang komuniti) ketika merasmikan program berkenaan.
Beliau berkata Petaling Jaya adalah bandar pertama di Malaysia yang menerima pengiktirafan sebagai Bandar Mesra Kanak-Kanak oleh Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNICEF),selain disenaraikan sebagai antara bandar paling bahagia di negara ini.
PWA 2025 menampilkan 49 penceramah dari 12 negara,bengkel interaktif serta lawatan teknikal ke lokasi placemaking sekitar Lembah Klang.
MBPJ turut melancarkan inisiatif baharu termasuk perpustakaan mainan dan kemudahan awam inklusif yang mengambil kira keperluan semua lapisan masyarakat.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur