2025-08-28 HaiPress

Foto fail
KUALA LUMPUR,26 Ogos - Malaysia komited memperkukuh industri getah negara bagi mengurangkan kebergantungan terhadap import bahan mentah yang kini mencecah RM7.5 bilion setahun.
Menteri Perladangan dan Komoditi,Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata,langkah itu penting untuk menjamin kelangsungan ekonomi negara serta meningkatkan pendapatan hampir 295,000 pekebun kecil.
“Kerajaan sentiasa menyokong penganjuran pameran antarabangsa seperti Konvensyen dan Ekspo Industri Getah Antarabangsa (IRICE) 2025 kerana ia bukan sahaja memperkukuh jualan produk getah,malah memperkenalkan teknologi baharu serta menarik kemasukan pelancong ke Malaysia.
Industri ini memberi sumbangan besar dengan nilai eksport mencecah RM33.7 bilion tahun lalu,” katanya selepas merasmikan Konvensyen dan Ekspo Industri Getah Antarabangsa (IRICE) 2025.
Menurutnya,cabaran utama yang perlu ditangani ialah 420,000 hektar tanah tidak diusahakan daripada keseluruhan 1.1 juta hektar kawasan tanaman getah negara.
“Kita perlu melihat bagaimana untuk menyusun semula 420,000 hektar ini supaya dalam jangka panjang kita dapat mengurangkan kebergantungan kepada import.
Dahulu Malaysia pernah menjadi pengeksport getah utama dunia,tetapi kini kita antara pengimport terbesar,” katanya.
Datuk Seri Johari menegaskan,konsolidasi dan pengaktifan semula ladang kecil adalah kunci untuk mengurangkan import bahan mentah,sekali gus membekalkan keperluan kepada pemain industri hiliran tempatan.
“Kita tidak bercakap soal menghapuskan import sepenuhnya,tetapi mengurangkannya.
Dengan pengurusan yang lebih baik,pekebun kecil mampu memainkan peranan besar untuk memastikan bekalan getah tempatan mencukupi,” jelasnya.
Beliau turut memberi jaminan kementerian akan terus mencari pasaran baharu bagi produk getah Malaysia,khususnya dalam menghadapi cabaran tarif Amerika Syarikat.
“Sebagai kerajaan,kita akan terus menyokong penganjuran sebegini rupa kerana manfaatnya bukan sahaja kepada ekonomi negara,malah meningkatkan pengiktirafan Malaysia di peringkat global,” ujarnya.
IRICE 2025 menghimpunkan pemain industri tempatan dan antarabangsa dengan mempamerkan inovasi,teknologi serta peluang pasaran baharu dalam sektor berkenaan.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur