2025-08-28 HaiPress

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
KUALA LUMPUR,26 Ogos – Malaysia berhasrat muncul antara 30 ekonomi teratas dunia menjelang 2030,dengan sistem kewangan berdaya tahan menjadi tonggak utama aspirasi tersebut.
Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata,kekuatan semasa sektor kewangan negara adalah hasil reformasi menyeluruh sejak Krisis Kewangan Asia 1997 dan krisis global 2008 membawa kepada penubuhan Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) serta pengukuhan kawal selia.
"Sistem kewangan negara kini lebih kukuh berbanding sebelum ini,dengan aset perbankan komersial mencecah RM3.61 trilion pada 2024,hampir lapan kali ganda berbanding 1998.
"Ketahanan ini bukan kebetulan,sebaliknya hasil daripada reformasi,kawal selia yang mantap,pengurusan risiko berhemah serta komitmen industri yang mengutamakan kestabilan," katanya.
Beliau berkata demikan pada majlis perasmian Simposium Resolusi Kebangsaan (NRS) 2025 anjuran Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) di ibu negara.
Menurutnya,cabaran baharu termasuk risiko rentas sempadan menuntut kerjasama lebih erat dalam ASEAN,dengan forum seperti ASEAN Deposit Insurers and Resolution Authorities Roundtable penting bagi memperkukuh mekanisme tindak balas krisis serantau.
Datuk Seri Amir Hamzah menjelaskan,hala tuju negara dipacu dua instrumen nasional – Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) 2026–2030 yang menekankan produktiviti,inovasi dan digitalisasi,serta Kerangka Ekonomi MADANI berasaskan nilai kemampanan,maruah dan kesejahteraan bersama.
Sementara itu,Ketua Pegawai Eksekutif PIDM Rafiz Azuan Abdullah berkata,perancangan resolusi bukan meramal krisis,tetapi memastikan tindakan boleh diambil dengan pantas dan teratur apabila berlaku gangguan,demi melindungi pendeposit serta mengekalkan keyakinan awam.
NRS 2025 menghimpunkan hampir 500 peserta termasuk pemimpin industri kewangan,pengawal selia dan pakar antarabangsa,membincangkan strategi kesiapsiagaan,risiko global serta inovasi digital dalam memperkukuh ketahanan kewangan.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur