2025-08-28 HaiPress

Foto hiasan
KUALA LUMPUR,26 Ogos - Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil hari ini susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
Mudah tunai dalam sistem konvensional naik kepada RM23.70 bilion daripada RM22.16 bilion pagi ini,manakala mudah tunai dalam dana Islam menyusut kepada RM20.59 bilion daripada RM20.94 bilion sebelum itu.
Terdahulu,bank pusat itu menjalankan dua tender repo berbalik dan mengumumkan ketersediaan repo berbalik,perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan komoditi murabahah bercagar dengan tempoh matang satu minggu,satu bulan dan tiga bulan.
Pada 4 petang,BNM menawarkan tender pasaran wang konvensional bernilai RM23.70 bilion dan tender pasaran wang murabahah,masing-masing untuk tempoh matang sehari.
Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada 2.75 peratus setakat 25 Ogos,2025.- BERNAMA
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur