2025-08-28 HaiPress

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
KUALA LUMPUR,26 Ogos – Peningkatan integrasi kewangan serantau menuntut kerjasama lebih erat negara ASEAN bagi memperkukuh keupayaan menangani risiko sistemik dan jangkitan kewangan.
Menteri Kewangan II,Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata,laporan Pejabat Penyelidikan Makroekonomi ASEAN+3 (AMRO) mendapati tuntutan dan liabiliti rentas sempadan meningkat ketara,sekali gus merekodkan pertumbuhan signifikan di rantau itu.
"Ini jelas menunjukkan bahawa keupayaan serantau kita dalam menangani krisis mesti terus diperkukuh melalui kerjasama,penyelarasan dan komunikasi yang lebih erat," katanya.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan National Resolution Symposium (NRS) 2025 anjuran Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) di ibu negara.
Datuk Seri Amir Hamzah menjelaskan Rangka Kerja Ekonomi MADANI menyediakan visi menyeluruh berteraskan maruah,kelestarian dan kemakmuran bersama,dengan tiga tonggak utama iaitu meraih potensi pertumbuhan,meningkatkan perlindungan sosial,dan mengukuhkan tadbir urus baik.
Sektor kewangan memainkan peranan kritikal dalam menjayakan visi ini,termasuk menyokong perusahaan kecil,memacu inovasi digital,memperluas kewangan Islam serta memperkukuh daya tahan fiskal negara.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur