2025-08-28 HaiPress

Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) dan Pengurusan Hotel antara RIYAZ International dan Jin Jiang International
KUALA LUMPUR,27 Ogos - RIYAZ International Sdn. Bhd. dan Jin Jiang Hotels,syarikat hospitaliti dan pelancongan yang berpangkalan di China,menjalin kerjasama strategik untuk membangunkan 181 buah hotel di Asia Tenggara dalam tempoh lima tahun,dengan 60 daripadanya akan beroperasi di Malaysia.
Pengarah Urusan Kumpulan RIYAZ International dan RJJ Hotels,Datuk Seri Mohd Shaheen Shah Mohd Sidek berkata,usaha itu sejajar dengan sasaran Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13) untuk menjadikan sektor pelancongan sebagai enjin pertumbuhan ekonomi bernilai tinggi,selain memperkukuh kedudukan negara sebagai hab hospitaliti serantau.
Sebanyak 15 hotel telah pun dimuktamadkan dalam perjanjian yang ditandatangani hari ini,melibatkan pembangunan projek baharu,pembinaan semula serta pengubahsuaian.
"Sebahagiannya adalah projek baharu yang sedang dalam pembinaan,ada yang melibatkan kerja-kerja ubah suai,dan ada juga yang kini dalam proses perancangan untuk dihantar bagi kelulusan.
''Antara lokasi termasuk Pulau Pinang,Sabah,Langkawi,Pahang dan Johor,selain pelaburan di Laos dan Vietnam," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) dan Pengurusan Hotel antara RIYAZ International dan Jin Jiang International,di ibu negara hari ini.
Pemilihan Jin Jiang sebagai rakan strategik berdasarkan kedudukan kumpulan itu sebagai antara pemain hospitaliti terbesar di dunia,selain memiliki pengalaman luas di pasaran antarabangsa
Sementara itu,Ketua Setiausaha MITI,Datuk Hairil Yahri Yaacob berkata,usahasama itu memberi isyarat jelas bahawa Malaysia bersedia menjalinkan lebih banyak kerjasama strategik dan pelaburan yang menyumbang kepada manfaat,kelestarian,serta keterangkuman bersama.
"Kerjasama strategik ini diyakini akan memperkukuh lagi aliran pelancongan dari China,meningkatkan limpahan ekonomi kepada PKS tempatan,dan mengukuhkan lagi kedudukan negara sebagai hab pelancongan serantau," katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucaptama ketika membacakan teks ucapan Menteri Pelaburan,Perdagangan dan Industri,Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur