2025-08-28 HaiPress

Bangunan Merdeka 118,Kuala Lumpur/ BERNAMA
KUALA LUMPUR,27 Ogos - PNB Merdeka Ventures Sdn Bhd (PNBMV) mencadangkan penerbitan Program Sukuk Wakalah Merdeka dengan nilai nominal sehingga RM6 bilion.
Menerusi kenyataan,anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Bhd (PNB) itu berkata,hasil terbitan akan digunakan bagi pembiayaan semula sukuk sedia ada serta menjana modal baharu bagi pembangunan berterusan presint Merdeka 118 yang ikonik.
“Selaras dengan komitmennya terhadap pembangunan lestari,PNBMV telah mengemas kini Rangka Kerja Kewangan Mampan yang memastikan penyelarasan dengan garis panduan kewangan mampan yang sentiasa berkembang,memperluas skop projek yang layak dan membolehkan penerbitan pelbagai instrumen kewangan lestari dengan lebih fleksibel.,” katanya.
Rangka kerja baharu itu menyokong matlamat PNB untuk mencapai Perusahaan Sifar Bersih menjelang 2025 dan Portfolio Sifar Bersih menjelang 2050.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya,Datuk Tengku Ab. Aziz Tengku Mahmud,program sukuk itu bertujuan mengoptimumkan struktur pembiayaan dan kos untuk projek Merdeka 118.
“Kami yakin program ini akan menyokong kemajuan berterusan Merdeka 118 sebagai sebuah pembangunan yang melambangkan kebanggaan negara dan pertumbuhan mampan.
''Menara Merdeka 118 kekal sebagai hab perniagaan penting di Kuala Lumpur,dengan hampir 70 peratus ruang pejabat telah disewa oleh syarikat korporat daripada sektor kewangan serta firma multinasional,'' katanya.
CIMB Investment Bank Berhad dan Maybank Investment Bank Berhad merupakan penasihat bersama Program Sukuk Wakalah Merdeka ini.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur