2025-08-28 HaiPress

Foto hiasan
KUALA LUMPUR,27 Ogos - Ringgit terus mencatatkan penurunan untuk ditutup rendah berbanding dolar AS pada Rabu menjelang data inflasi utama Amerika Syarikat (AS) dikeluarkan.
Data inflasi Perbelanjaan Penggunaan Peribadi (PCE) AS akan diumumkan pada Jumaat ini,yang berkemungkinan lebih tinggi daripada jangkaan,kata penganalisis.
Pada pukul 6 petang,mata wang tempatan merosot kepada 4.2335/2365 berbanding dolar AS daripada 4.2160/2210 semasa ditutup semalam.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd,Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata jika data inflasi AS pada Jumaat ini lebih tinggi daripada jangkaan,ia mungkin menjejaskan kemungkinan penurunan kadar faedah pada September.
“Oleh itu,ini boleh menyumbang kepada pengukuhan dolar AS,” katanya kepada Bernama.
Selain itu,katanya inflasi boleh meningkat di AS berikutan ia telah menaikkan tarif ke atas banyak import dari India kepada 50 peratus.
Mohd Afzanizam berkata Indeks Dolar AS (DXY) naik sebanyak 0.38 peratus kepada 98.603 mata walaupun terdapat kebimbangan mengenai kebebasan Rizab Persekutuan AS.
“Dolar AS dilihat semakin mendapat perhatian apabila sentimen pasaran menjadi pesimis dan peniaga mencari perlindungan dalam mata wang tersebut,” katanya.
Pada penutup dagangan,ringgit ditutup kebanyakannya rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.
Ia meningkat berbanding euro kepada 4.9058/9093 daripada 4.9087/9145 semasa ditutup pada Selasa,bagaimanapun merosot berbanding yen Jepun kepada 2.8591/8611 daripada 2.8571/8607 dan rendah berbanding pound kepada 5.6890/6930 daripada 5.6827/6895.
Ia turut diniagakan kebanyakannya rendah berbanding mata wang ASEAN lain.
Mata wang tempatan rendah berbanding dolar Singapura kepada 3.2843/2869 daripada 3.2786/2828 semalam,merosot berbanding baht Thailand kepada 13.0330/0474 daripada 12.9707/9917 dan berkurangan berbanding peso Filipina kepada 7.40/7.41 daripada 7.38/7.40 sebelum ini.
Ringgit mendatar berbanding rupiah Indonesia kepada 258.6/258.9 daripada 258.6/259.0 sebelum ini. -BERNAMA
iCAUR Melakukan Kemasukan Strategik ke Asia Tengah: Mengumumkan Pelancaran Global V27 di UAE
Hefei Spring Festival Gala Sub-Venue: Understanding the City's “Union” Through Four Moments of Palms Meeting
Websea Lancar Seni Bina "Double Pool" Insurans Kontrak: Memulakan Era Baharu Pengurusan Risiko Terperinci
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Websea Naik Taraf Insurans Kontrak: Jaminan Menyeluruh Terhadap Risiko Dagangan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur