2025-08-28 HaiPress

Foto hiasan
KUALA LUMPUR,27 Ogos - Dagangan pasaran getah Malaysia ditutup rendah sedikit pada Rabu,menjejaki kerugian pasaran hadapan serantau serta harga minyak mentah selain data ekonomi China yang lemah,kata peniaga.
Setakat petang ini,harga minyak mentah Brent turun 0.33 peratus kepada US$66.98 setong.
Beliau berkata pasaran hadapan getah Jepun juga rendah ketika peniaga meneliti impak risiko iklim serta ketidaktentuan ekonomi global.
“Bagaimanapun,kerugian seterusnya dapat dikekang oleh kebimbangan berkaitan bekalan getah asli yang terhad,” katanya kepada Bernama.
Pada pukul 3 petang,Lembaga Getah Malaysia (LGM) menyatakan harga Getah Mutu Malaysia atau SMR 20 susut 6.0 sen kepada 745.5 sen sekilogram manakala lateks pukal tidak berubah pada 571 sen sekilogram. -BERNAMA
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur