2025-08-28 HaiPress

Foto Fail
KUALA LUMPUR,27 Ogos - Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi hari ini,menjejaki prestasi pasaran emas di Bursa Komoditi New York (COMEX) Amerika Syarikat.
Pada akhir urus niaga,kontrak bulan semasa Ogos 2025 meningkat kepada US$3,384.60 setiap auns troy daripada US$3,378.60,semalam.
Kontrak September 2025 naik kepada US$3,390.0 setiap auns troy berbanding penutupan semalam pada US$3,384.0 manakala kontrak Oktober 2025 mengukuh kepada US$3,419.50 daripada US$3,413.50 dan kontrak November 2025 meningkat kepada US$3,436.30 daripada US$3,430.30.
Kontrak Disember 2025,Februari 2026 dan April 2026 juga ditutup tinggi pada US$3,456.70 setiap auns troy daripada US$3,450.70 semalam.
Jumlah dagangan bagaimanapun susut kepada empat lot daripada 12 lot semalam manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 36 kontrak daripada 32 kontrak sebelum ini.
Harga emas fizikal pada US$3,367.10 setiap auns troy mengikut penetapan London Bullion Market Association pada 26 Ogos,2025. -BERNAMA
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur