2025-08-28 HaiPress

Foto hiasan
KUALA LUMPUR,27 Ogos - Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil hari ini susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap mudah tunai daripada sistem kewangan.
Mudah tunai dalam sistem konvensional meningkat kepada RM26.40 bilion berbanding RM23.73 bilion yang dicatatkan pada sebelah pagi,manakala kecairan dalam dana Islam merosot kepada RM20.60 bilion daripada RM22.55 bilion.
Terdahulu,bank pusat itu menjalankan satu tender repo berbalik dan tender repo berbalik Islam.
BNM turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik,perjanjian jual beli balik serta kemudahan komoditi bercagar Murabahah dengan kematangan satu minggu,satu bulan dan tiga bulan.
Pada pukul 4 petang,bank pusat itu melaksanakan tender pasaran wang konvensional sebanyak RM26.40 bilion dan tender pasaran wang Murabahah berjumlah RM20.50 bilion,kedua-duanya dengan kematangan satu hari.
Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-I) berjumlah 2.75 peratus pada 26 Ogos 2025. -BERNAMA
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur