2025-08-29 HaiPress

Anfaal Saari / Foto RTM
SUBANG JAYA,28 Ogos - Kerajaan Selangor menetapkan sasaran kadar penyertaan tenaga buruh wanita mencecah 75 peratus menjelang 2030,berbanding 69.5 peratus ketika ini.
Exco Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat Selangor,Anfaal Saari berkata pencapaian semasa itu lebih baik berbanding purata nasional iaitu 58.5 peratus,sekali gus membuktikan negeri itu berada di landasan tepat dalam agenda pemerkasaan wanita.
Kesaksamaan jantina secara spesifik diukur oleh agensi antarabangsa dan pelbagai usaha dilaksana bagi mengurangkan jurang daripada segi pendidikan,kesihatan,ekonomi dan politik.
"Apa yang kita lakukan ini lebih kepada usaha untuk kita mencapai matlamat mengurangkan jurang indeks yang mempunyai beberapa domain,iaitu pendidikan,ekonomi,dan juga politik.
"Tapi daripada segi dasar tenaga buruh wanita,Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM),kita boleh ukur daripada segi pencapaian kadar partisipasi tenaga buruh wanita yang terkini di Selangor,69.5 peratus berbanding nasional,58.8 peratus," katanya.
Beliau ditemui selepas merasmikan 'Gender Outlook Forum 2025' yang bertujuan meningkatkan kerjasama serantau dalam agenda pemerkasaan wanita dan kesaksamaan gender di peringkat nasional serta antarabangsa.
Hadir sama isteri Perdana Menteri,Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Menteri Pembangunan Wanita,Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri.
Objektif forum itu adalah mengarusperdanakan kesaksamaan gender dalam pembuatan keputusan di semua sektor dasar dan memperkukuh usaha kerajaan dengan meningkatkan kapasiti selaras komitmen global.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur