2025-08-29 HaiPress

Foto TROOPERS
KUALA LUMPUR,28 Ogos – TROOPERS menyatakan sokongan penuh terhadap Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig Malaysia 2025 yang diluluskan hari ini,dengan menegaskan ia sebagai langkah penting dalam memperkukuh hak serta perlindungan sosial pekerja sektor itu di negara ini.
Sebagai platform kerja fleksibel terkemuka,TROOPERS menyifatkan inisiatif itu mampu memberi perlindungan lebih baik,upah yang adil dan manfaat keselamatan sosial kepada golongan berkenaan.
Ketua Pegawai Eksekutif merangkap Pengasasnya,Joshua Tan dalam satu kenyataan memaklumkan,pelaksanaan yang berkesan memerlukan kerjasama erat kerajaan,platform dan pekerja gig sendiri.
"Selain perlindungan dan pampasan yang adil,peningkatan kemahiran serta penciptaan ekosistem mampan untuk mengukur prestasi adalah penting bagi meningkatkan taraf hidup pekerja gig," menurut kenyataan itu.
Penetapan kadar upah tetap bukan penyelesaian jangka panjang,sebaliknya pelaburan dalam pembangunan kemahiran dan model pendapatan berasaskan hasil akan menjadikan ekonomi gig lebih sihat,kompetitif dan produktif.
TROOPERS turut merakamkan penghargaan kepada Kementerian Sumber Manusia kerana melibatkan platform penyedia kerja dalam sesi libat urus,selaras dengan prinsip Malaysia Madani yang menekankan keadilan dan kesejahteraan dalam persekitaran pekerjaan.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur