2025-08-29 HaiPress

Menteri Sumber Manusia (KESUMA),Steven Sim/ BERNAMA
KUALA LUMPUR,28 Ogos - Malaysia mencipta sejarah menjadi antara negara terawal mempunyai perundangan yang melindungi dan membela hak pekerja gig menerusi kelulusan Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig 2025 di Dewan Rakyat,hari ini.
Menteri Sumber Manusia (KESUMA),Steven Sim berkata,RUU tersebut akan memberi kejelasan mengenai pelbagai masalah yang sekian lama membelenggu pekerja dalam sektor gig terutama dari sudut perundangan.
"Jadi kiranya Malaysia kehadapan dalam sektor ini dan saya yakin ramai pakar termasuk ekonomi dan perburuhan memberi kepastian dan kejelasan mengenai sektor gig sekali gus memperkasa sektor ini," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menggulung RUU Pekerja Gig 2025 bacaan kali kedua yang kemudian diluluskan dengan lebih suara bersetuju di sini.
Tambahnya,selain memperkasa ekosistem ekonomi digital negara,RUU tersebut juga diyakini dapat memperkukuh keyakinan pelabur terhadap Malaysia kerana mematuhi piawaian perburuhan antarabangsa.
Mengulas lanjut katanya,KESUMA akan mengadakan 'road show' di seluruh negara bagi bertemu dengan pemegang taruh untuk memberi penerangan mengenai RUU berkenaan.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur