2025-08-29 HaiPress

Foto Facebook MET Malaysia
KUALA LUMPUR,28 Ogos - Satu gempa bumi lemah bermagnitud 2.5 dengan kedalaman 10 kilometer (km) telah berlaku di Segamat,Johor pada pukul 7.56 malam tadi.
Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) Dr. Mohd Hisham Mohd Anip dalam satu kenyataan memaklumkan,lokasi kejadian dikesan pada koordinat 2.6° Utara,102.8° Timur,iaitu kira-kira 13 km utara Segamat,Johor.
"Gegaran turut dirasai di beberapa kawasan sekitar Johor. Berdasarkan analisis MET Malaysia,kejadian gempa bumi ini berlaku di Zon Sesar Mersing dan merupakan gempa susulan ketiga sejak berlakunya gempa utama pada 24 Ogos 2025," menurut kenyataan itu.
Pada masa sama MET Malaysia akan terus memantau keadaan ini dan mengeluarkan makluman dari semasa ke semasa.
Selain itu orang ramai dinasihatkan supaya tidak perlu bimbang kerana gempa bumi yang berlaku adalah pada magnitud lemah.
Maklumat cuaca dan gempa bumi terkini yang sahih boleh diperoleh melalui laman web rasmi,aplikasi mobil myCuaca dan media sosial rasmi Jabatan serta menghubungi talian Hotline 1300-22-1638 untuk sebarang pertanyaan lanjut.
Pada 27 Ogos,satu gempa bumi lemah bermagnitud 3.2 dikesan yang merupakan gegaran ketiga di Segamat sejak 24 Ogos lalu dengan gegaran turut dirasai di Selatan Pahang.
Sebelum ini,gegaran pertama bermagnitud 4.1 dikesan di daerah itu pada Ahad pukul 6.13 pagi,disusuli gegaran kedua dengan magnited 2.8 pada pukul 9.00 pagi hari sama yang turut menggegarkan Yong Peng.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur