2025-08-29 HaiPress

Foto Facebook Datuk Seri Fadillah Yusof
BUSAN,28 Ogos - Malaysia dan Korea Selatan menyatakan komitmen untuk memuktamadkan Perjanjian Perdagangan Bebas atau FTA,yang dijangka ditandatangani sempena Sidang Kemuncak Pemimpin ASEAN pada Oktober ini.
Menurut Timbalan Perdana Menteri,Datuk Seri Fadillah Yusof,satu memorandum persefahaman dalam bidang tenaga turut akan dimeterai antara kedua-dua negara.
Jelasnya,beberapa isu melibatkan syarikat pelabur di Malaysia turut dibangkitkan,termasuk berkaitan sektor tenaga.
“Sudah tentu mereka membangkitkan isu tertentu dari segi syarikat yang telah melabur di Malaysia,bagaimana kita boleh menangani masalah yang mereka hadapi dan saya telah memberikan komitmen. Saya akan mengkaji semua perkara yang dibangkitkan",ujar Datuk Seri Fadillah.
Beliau berkata demikian selepas mengadakan Mesyuarat Dua Hala bersama Menteri Perdagangan,Industri dan Ekonomi (MOTIE),Republik Korea,Jung-Kwan Kim sempena Mesyuarat Menteri-Menteri Tenaga APEC ke 15 (APEC EMM15) di Busan,Korea Selatan.
Datuk Seri Fadillah turut mengadakan pertemuan dengan Setiausaha Tenaga Hong Kong China,Chin Wan Tse,yang tertumpu kepada tenaga hidrogen dan sumber tenaga hijau alternatif seperti biogas.
Hong Kong turut memberi perhatian kepada Sarawak yang kini giat meneroka potensi hidrogen berasaskan hidro,sekali gus membuka peluang kerjasama strategik antara kedua-dua pihak.
Selain itu,Datuk Seri Fadillah turut bertemu dengan Menteri di Pejabat Perdana Menteri Brunei,Datuk Paduka Seri Halbi Mohammad Yussof yang menyatakan minat untuk mempelajari pengalaman Malaysia dalam penjanaan tenaga solar berskala besar,khususnya selepas negara itu memulakan projek solar berkapasiti 30 megawatt.
iCAUR Melakukan Kemasukan Strategik ke Asia Tengah: Mengumumkan Pelancaran Global V27 di UAE
Hefei Spring Festival Gala Sub-Venue: Understanding the City's “Union” Through Four Moments of Palms Meeting
Websea Lancar Seni Bina "Double Pool" Insurans Kontrak: Memulakan Era Baharu Pengurusan Risiko Terperinci
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Websea Naik Taraf Insurans Kontrak: Jaminan Menyeluruh Terhadap Risiko Dagangan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur