2025-08-29 HaiPress

Foto Facebook Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi
KUALA TERENGGANU,28 Ogos - Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) menjangkakan potensi jualan RM3.1 juta melalui penganjuran Showcase Satu Daerah Satu Industri (SDSI) Peringkat Wilayah Timur 2025 dan My Pride Fair Zon Timur 2025.
Ketua Setiausaha KUSKOP Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud berkata penganjuran Showcase Borneo,Tawau yang berlangsung pada 9 hingga 11 Mei lalu telah mencatat jualan RM2.09 juta dengan padanan perniagaan kira-kira RM 550,000.
Manakala,Showcase Kebangsaan di MITEC pada 30 hingga 3 Ogos pula mencatat nilai jualan sekitar RM1.096 juta dengan padanan perniagaan bernilai RM15.9 juta.
Program selama tiga hari bermula hari ini disertai 71 usahawan SDSI dari Pahang,Kelantan dan Terengganu itu menghimpunkan pameran dan jualan produk SDSI yang unik serta lapan reruai yang mempamerkan hasil tangan prospek dari Jabatan Penjara Malaysia.
Antara produk hasil tangan prospek yang dipamerkan termasuk songket,batik,barangan berasaskan kayu dan besi,pastri serta hasil tanaman.
Penyertaan prospek dalam program ini sebagai satu insiatif atau pendedahan kepada golongan majikan terhadap potensi kebolehkerjaan golongan tersebut di bawah sistem parol dan pembebasan berlesen.
"Program Satu Daerah Satu Industri ini adalah satu program diberi penekanan oleh KUSKOP dan bagi tahun ini,tahun 2025 sejumlah RM5 juta telah diperutukkan oleh kerajaan untuk membangunkan.
"Pertama kapasiti usahawan,kedua pembangunan produk dari segi penjenamaan dari segi pembungkusan,ketiga dari segi penerokaan pasaran jadi elemen-elemen ini digabungkan di bawah SDSI ini dan akhirnya karnival seperti ini akan diadakan untuk membolehkan mereka meningkatkan jualan dan meneroka pasaran pasaran baharu",katanya.
Beliau ditemui selepas merasmikan Showcase SDSI Peringkat Wilayah Timur 2025 dan My Pride Fair Zon Timur 2025 di Kuala Terengganu.
Turut hadir,Pengarah Jabatan Penjara Pahang Datuk Abu Hassan Hussin serta Timbalan Setiausaha Kerajaan Pembangunan Datuk Rosli Latif.
Pelbagai aktiviti menarik disediakan termasuk pameran dan perkhidmatan kementerian dan agensi,persembahan kebudayaan,jualan food truck,aneka rasa timur serta jualan MADANI koperasi.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur