2025-08-29 HaiPress

Presiden Pertubuhan Al Khaadem,Datuk Sheikh Hussain Yee/Foto RTM
KUALA LUMPUR,28 Ogos – Persidangan Komuniti Muslim Baharu 2025 menekankan peranan unik saudara baharu sebagai jambatan perpaduan dalam masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan agama.
Presiden Pertubuhan Al Khaadem,Datuk Sheikh Hussain Yee berkata,saudara baharu mempunyai kedudukan istimewa dalam usaha memupuk persefahaman antara Muslim dan bukan Muslim.
"Saudara baharu mempunyai pengalaman unik kerana memahami kedua-dua sisi. Mereka boleh menjadi teladan semangat keharmonian yang diidamkan oleh Malaysia," kata beliau ketika ditemui pemberita di sini.
Menurut beliau,pengalaman saudara baharu membolehkan mereka memainkan peranan sebagai jambatan yang merapatkan perbezaan serta memupuk masyarakat lebih inklusif dan harmoni.
Program anjuran New Muslims Community (NMC) di bawah naungan Pertubuhan Al Khaadem itu berjaya menghimpunkan 400 peserta termasuk pemimpin komuniti,aktivis serta saudara baharu dari pelbagai latar belakang.
Dengan membawa tema “Fracture to Future: Reverts Uniting Malaysia”,persidangan tersebut mengupas peranan saudara baharu sebagai agen penyatu masyarakat,seiring usaha memupuk perpaduan dan persefahaman nasional.
Sepanjang persidangan,para peserta mengambil bahagian dalam sesi perbincangan panel,perkongsian kisah peribadi,dan forum interaktif.
Antara tema yang diketengahkan ialah dinamika kekeluargaan bagi saudara baharu,usaha membina komuniti sokongan,dan pendekatan praktikal untuk mengukuhkan perpaduan sosial di Malaysia.
Bersempena dengan sambutan Merdeka ke-68,persidangan berkenaan membawa mesej iaitu perpaduan bukan sekadar aspirasi nasional,tetapi pengalaman hidup yang harus dizahirkan.
Persidangan tersebut diharapkan menjadi pencetus kepada usaha berterusan untuk memperkukuh rasa hormat,belas kasihan dan persefahaman merentas seluruh masyarakat.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur