2025-08-29 HaiPress

Foto UiTM
ARAU,29 Ogos - Program 1 Juta Langkah menjadi tumpuan penganjuran UiTM Happiness Walk 2025 (UHW2025) di UiTM Cawangan Perlis,sebagai usaha memupuk gaya hidup aktif,sihat dan sejahtera dalam kalangan warga kampus.
Rektor UiTM Cawangan Perlis,Profesor Madya Dr. Ahmad Nizan Mat Noor berkata,inisiatif tersebut bukan sahaja menggalakkan aktiviti fizikal,malah berperanan memperkukuh kesejahteraan mental dan hubungan silaturahim warga universiti.
“Program sebegini bukan sahaja memberi impak positif terhadap kesihatan fizikal dan kesejahteraan mental staf,malah turut mengukuhkan ukhuwah serta membina komuniti kampus yang lebih sejahtera dan berdaya tahan,” katanya.
UHW2025 dilaksanakan serentak dengan kampus UiTM lain di seluruh negara bersempena Karnival Sukan Staf UiTM (KARiSTA 2025),yang kini berlangsung di UiTM Cawangan Perlis. Acara turut disertai wakil-wakil kakitangan kampus lain.
Program ini juga bertepatan dengan sambutan Hari Inovasi dan Penghargaan Staf UiTM Perlis 2025,anjuran Hal Ehwal Akademik UiTM Perlis dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri.
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur