2025-08-29 HaiPress

40 usahawan dari Sarawak menyertai Showcase Usahawan Sarawak (SUS) 2025 di Pulau Pinang / Foto TVS
BAYAN LEPAS,29 Ogos – Seramai 40 usahawan dari Sarawak menyertai Showcase Usahawan Sarawak (SUS) 2025 di Pulau Pinang,dengan mengetengahkan kepelbagaian produk istimewa dari Bumi Kenyalang.
Program selama lima hari yang berlangsung di Queensbay Mall itu bertujuan membantu usahawan meluaskan pasaran,di samping memperkenalkan kekayaan produk Sarawak ke seluruh Malaysia.
Timbalan Premier Sarawak,Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan,berkata penganjuran ini merupakan antara inisiatif kerajaan negeri dalam membantu usahawan tempatan menembusi pasaran lebih besar,sama ada di peringkat nasional mahupun antarabangsa.
“Pulau Pinang dipilih sebagai lokasi SUS di luar Sarawak tahun ini selepas Johor Bahru pada tahun lalu kerana kita melihat potensi pasaran yang luas di negeri ini. SUS bukan sahaja bertujuan mempromosikan produk dan perkhidmatan Sarawak,tetapi juga membuka ruang kerjasama dengan usahawan tempatan Pulau Pinang agar manfaatnya dapat dinikmati bersama,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran program itu di sini,petang semalam.
Pelbagai produk menarik dipamerkan termasuk produk kesihatan berasaskan bahan tempatan,makanan,serta kraf tangan tradisional Sarawak.
Antara yang ditawarkan ialah produk herba berasaskan lada hitam dan bidara oleh usahawan tempatan,Zulkifli Abdullah.
“Saya membawa 100 peratus produk tempatan dari Sarawak,dan berharap lebih banyak ruang serta peluang dapat diwujudkan untuk memasarkan produk kami ke seluruh negara,” katanya.
Seorang lagi usahawan,Shiela Alias,turut menyeru masyarakat Pulau Pinang hadir memberi sokongan.
“Warga Pulau Pinang sangat ‘sporting’ dan sambutannya amat baik. Saya menyeru semua datang ke Queensbay Mall untuk menyokong 40 usahawan Sarawak yang membawa pelbagai produk menarik ke sini,” katanya.
Sementara itu,Rebecca Lazarus memperkenalkan hasil seni dan budaya masyarakat Bidayuh melalui pakaian tradisional,aksesori manik,serta beg rotan buatan tangan.
“Kami mahu memperkenalkan tradisi dan produk kaum Bidayuh kepada masyarakat di sini,sekali gus memperluas pasaran kraf tangan Sarawak,” jelasnya.
Prasarana bina generasi tenaga mahir pengangkutan awam melalui Program T-GEAR
Isu rumah ibadat perlu ditangani harmoni – KPN
Pendekatan damai mencerminkan kematangan rakyat Malaysia tangani perbezaan
Kos haji kekal: Beri peluang umat Islam tunai haji serta rancang kewangan
ABU DBS 2026 kembali, himpun penggiat industri penyiaran 30 Mac-2 April
PETRA perkukuh kesiapsiagaan banjir menjelang Aidilfitri
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur