2025-08-29 HaiPress

JOHOR BAHRU,28 Ogos - Susulan gempa bumi lemah di Segamat malam tadi,penduduk di daerah itu diminta bertenang.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa berkata pihaknya telah meminta pegawai-pegawai di Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Sekijang untuk sentiasa bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan sejak gegaran pertama berlaku lagi.
“Orang ramai yang memerlukan bantuan segera boleh menghubungi hotline Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Sekijang di talian 012-4915141,” katanya menerusi hantaran di Facebook.
Beliau turut menggalakkan penduduk terkesan mengisi borang soal selidik MetMalaysia bagi membantu pihak berkuasa mendapatkan maklumat lanjut mengenai kejadian tersebut menerusi pautan: https://forms.gle/2oEMtASN33W6TV9g7.
Dalam pada itu,menurut Datuk Seri Dr Zaliha,gegaran pada 2.5 skala Richter yang berlaku kira-kira pukul 7.56 malam tadi tidak melibatkan kecederaan atau kerosakan harta benda.
Semalam,gegaran lemah berukuran 3.2 pada skala Richter turut berlaku di Segamat pada pukul 8.59 pagi yang dirasai di beberapa kawasan di Johor dan selatan Pahang.
Dua gempa bumi juga berlaku pada Ahad lepas masing-masing berukuran 4.1 pada skala Richter di Segamat pada pukul 6.13 pagi dan 2.8 pada skala Richter di Yong Peng kira-kira tiga jam selepas itu.
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur