2025-08-29 HaiPress

MetMalaysia akan mengeluarkan maklumat terkini dari semasa ke semasa
SEGAMAT,29 Ogos – Satu gempa bumi lemah berukuran magnitud 3.4 dilaporkan berlaku di Segamat,Johor pada pukul 4.24 pagi tadi.
Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) di Facebook,gegaran itu berlaku pada jarak kira-kira 22 kilometer timur laut Segamat,dengan kedalaman 10 kilometer.
Kejadian tersebut merupakan gempa bumi lemah keempat yang dicatatkan dalam tempoh singkat di kawasan berkenaan.
Orang ramai diminta bertenang serta mengelakkan daripada menyebarkan maklumat yang tidak sahih.
MetMalaysia dalam pada itu memaklumkan pihaknya akan terus memantau perkembangan dan mengeluarkan maklumat terkini dari semasa ke semasa.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur