2025-08-29 HaiPress

Foto Facebook Selangor Royal Office
SHAH ALAM,29 Ogos - Sultan Selangor,Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga perunding reka bentuk dan penjenamaan tersohor Datuk Johan Ariff Abdullah Ariff yang meninggal dunia pada Rabu lepas.
Turut menzahirkan ucapan takziah ialah Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin.
Menurut hantaran di Facebook Selangor Royal Office,Allahyarham merupakan kenalan rapat kepada Sultan Selangor,dan telah mereka bentuk Lambang Diraja bagi Tengku Ampuan Selangor.
Anak kepada pelukis tersohor Abdullah Ariff yang dikenali sebagai Father of Modern Art in Malaysia itu juga pernah bekerjasama dengan Sultan Sharafuddin dalam pelbagai penerbitan termasuk Dapur Istana Alam Shah: Royal Recipes From Tengku Ampuan Rahimah Selangor serta penerbitan mengenai Masjid Istana Diraja dan Galeri Automobil Diraja.
Allahyarham yang merupakan Pengasas Johan Design Associates (JDA) juga terlibat dalam penjenamaan korporat serta identiti beberapa institusi seperti Petronas,Malaysia Airlines,KLCC Property,Putrajaya Holdings,Sapura Kencana,TRX dan kebanyakan bank di Malaysia.
Allahyarham Johan Ariff merupakan Pengasas Bersama Kejohanan Raja Muda Selangor International Regatta (RMSIR) yang telah meletakkan Malaysia dalam peta pelayaran antarabangsa,selain pernah menyandang jawatan Komodor di Royal Selangor Yacht Club.
“Atas jasa dan bakti,Allahyarham telah dikurniakan Darjah Kebesaran Dato’ Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (D.S.S.A.) pada 1996 serta Setia Mahkota Selangor (S.M.S.) pada 1989 oleh Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,” menurut hantaran itu pada Khamis.
Baginda berdua turut mendoakan semoga roh Allahyarham ditempatkan bersama-sama para solihin. - BERNAMA
Prasarana bina generasi tenaga mahir pengangkutan awam melalui Program T-GEAR
Isu rumah ibadat perlu ditangani harmoni – KPN
Pendekatan damai mencerminkan kematangan rakyat Malaysia tangani perbezaan
Kos haji kekal: Beri peluang umat Islam tunai haji serta rancang kewangan
ABU DBS 2026 kembali, himpun penggiat industri penyiaran 30 Mac-2 April
PETRA perkukuh kesiapsiagaan banjir menjelang Aidilfitri
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur