2025-08-29 HaiPress

Foto BERNAMA
KUANTAN,29 Ogos - Pendapatan dividen peserta Projek Tanaman Semula Komersial (TSK) Orang Asli di Pahang menunjukkan peningkatan susulan pengambilalihan pengurusan projek itu serta kenaikan harga pasaran minyak sawit mentah dunia.
Perkara itu sekali gus membuktikan keupayaan kerajaan negeri melalui Pahang Orang Asli Corporation (ORACO) dalam menguruskan projek berkenaan.
Menteri Besar Pahang,Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dalam satu kenyataan berkata,sebanyak 20 projek TSK Orang Asli melibatkan kawasan seluas 7,054.05 ekar dengan penyertaan 1,323 peserta telah diambil alih pengurusannya bermula September 2024 hingga 20 Ogos 2025.
"Peserta Projek TSK Orang Asli Teluk Gunung di Lipis menerima pendapatan dividen tertinggi iaitu RM1,037 seorang pada Julai 2025 berbanding RM500 sebelum ini," katanya.
Sementara itu,Projek TSK Orang Asli Kampung Arung,Pekan yang mula diambil alih pada 11 September 2024 telah membolehkan setiap peserta menerima bayaran dividen sebanyak RM1,000 seorang pada Disember tahun sama.
Bagi Projek TSK Orang Asli Kuala Koyan,Lipis pula,pembayaran dividen pertama pada November 2024 berjumlah RM900 seorang sebelum meningkat kepada RM1,000 seorang pada Disember.
Dalam pada itu,beliau turut menjelaskan projek baharu yang diambil alih pada Ogos 2025 akan mula membuat pembayaran dividen pertama pada September tahun sama.
Menurutnya,kerajaan negeri sentiasa komited membangunkan masyarakat luar bandar termasuk masyarakat Orang Asli agar tidak lagi terpinggir daripada arus pembangunan negeri.
Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail turut menyeru rakyat negeri itu khususnya masyarakat Orang Asli supaya terus memberi kepercayaan kepada kerajaan negeri,khususnya kepada ORACO,dalam usaha membela nasib mereka.
Websea Umum Pembakaran Besar-Besaran 57 Juta WBS, Pasaran Menilai Semula Nilai Jangka Panjang Token Platform
J.P. Morgan 投資學院與 Morgan 機構知識通道:在新金融時代重建全球知識標準
Kepercayaan Dalam Ribut: Insurans Kontrak Mencetus Revolusi Pengurusan Risiko Web3
Genomik untuk Kesihatan Tumbuhan: Sumbangan Kumpulan BGI terhadap Kepelbagaian Tumbuhan dan Keselamatan Makanan
AIF(香港)投资学院宣布与合盈证券达成战略合作 携手推动亚洲专业投资教育升級,扩大OTC的交易深度和广度
Festival Tanglung Taiwan 2026 Menerangi Chiayi! “Light Up Chiayi: Super Style” Bergandingan dengan Super Mario, Lancarkan Tanglung Blok Soalan Edisi Terhad
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur