2025-08-29 HaiPress

Kedua-dua mangsa mengalami kecederaan parah dan meninggal dunia di lokasi kejadian
KEMAMAN,29 Ogos – Seorang remaja lelaki tempatan dan seorang lelaki warga China maut dalam kemalangan membabitkan sebuah motosikal dan seorang pejalan kaki di Kilometer 146,Jalan Kuala Terengganu-Kuantan berhampiran persimpangan lampu isyarat Kawasan Perindustrian Teluk Kalong,di sini,malam tadi.
Dalam kejadian pukul 9.10 malam itu,mangsa yang maut ialah Muhammad Darwisy Irsyad Muhammad Fitri,18 tahun,seorang mekanik,dan seorang juruteknik kilang pembuatan besi keluli,Zhang Jian Ceng,warga China berumur 41 tahun.
Ketua Polis Daerah Kemaman,Superintenden Mohd Razi Rosli berkata,siasatan awal mendapati motosikal ditunggang Muhammad Darwisy bersama seorang rakannya dalam perjalanan dari arah Bandar Chukai menuju ke Bandar Baharu Kemasek.
“Ketika tiba di lokasi kejadian,seorang pejalan kaki warga negara China dipercayai tiba-tiba melintas dari bahu kiri ke tengah jalan. Penunggang motosikal gagal mengelak lalu melanggar lelaki berkenaan.
“Akibat pelanggaran itu,kedua-dua mangsa mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala dan badan sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan,” katanya ketika dihubungi.
Mayat kedua-dua mangsa telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Kemaman untuk proses bedah siasat.
Sementara itu,rakan penunggang motosikal yang mengalami kecederaan pada tangan dan kaki turut dihantar ke hospital sama untuk rawatan lanjut.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur