2025-08-29 HaiPress

Timbalan Perdana Menteri,Datuk Seri Fadillah Yusof merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air ketika mengadakan lawatan ke Loji Rawatan Air Sisa Gangbyeon di Busan,Korea Selatan / Foto RTM
BUSAN,29 Ogos - Korea Selatan dilihat sebagai negara maju dalam aspek pengurusan serta penyediaan bekalan air bersih kepada pengguna.
Timbalan Perdana Menteri,Datuk Seri Fadillah Yusof berkata,kejayaan negara itu mewujudkan sistem rawatan dan agihan air yang efisien wajar dijadikan contoh oleh negara lain.
Beliau yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air menjelaskan,Malaysia berpeluang mempelajari pendekatan baharu yang dilaksanakan negara itu,khususnya dari segi teknologi,dasar pengurusan serta kaedah inovatif dalam memastikan bekalan air sentiasa mencukupi dan berkualiti.
Beliau berkata,usaha berkenaan diyakini mampu diaplikasikan di peringkat nasional,bukan sahaja untuk meningkatkan kecekapan sistem sedia ada,malah demi kemudahan serta kesejahteraan rakyat pada masa hadapan.
"Sudah tentu kita boleh belajar daripada mereka,bukan sahaja dalam aspek rawatan air,tetapi juga dari segi pengurusan keseluruhan sungai dan rantaian utama sumber air. Korea Selatan memastikan setiap aliran dari sumber sungai sehingga proses pembersihan dilaksanakan dengan teliti,bagi menjamin kualiti air yang masuk dan keluar sentiasa bersih," katanya selepas mengadakan lawatan ke Loji Rawatan Air Sisa Gangbyeon di sini,hari ini.
Delegasi Malaysia yang menyertai lawatan ke Busan Environmental Corporation (BEC) bagi meninjau sistem pengurusan air,sisa dan rawatan air di Korea Selatan / Foto RTMPrasarana bina generasi tenaga mahir pengangkutan awam melalui Program T-GEAR
Isu rumah ibadat perlu ditangani harmoni – KPN
Pendekatan damai mencerminkan kematangan rakyat Malaysia tangani perbezaan
Kos haji kekal: Beri peluang umat Islam tunai haji serta rancang kewangan
ABU DBS 2026 kembali, himpun penggiat industri penyiaran 30 Mac-2 April
PETRA perkukuh kesiapsiagaan banjir menjelang Aidilfitri
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur