2025-08-29 HaiPress

Ketua Pegawai Eksekutif SWCorp,Khalid Mohamed (kanan) melihat demo penggunaan mini 'compactor' di Banda Hilir,Melaka. - Foto BERNAMA.
BANDA HILIR,29 Ogos - Kenderaan elektrik (EV) akan digunakan bagi operasi pembersihan awam di seluruh negara bermula tahun hadapan,sebagai sebahagian daripada pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).
Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp),Khalid Mohamed berkata,peralihan itu akan dilaksanakan secara berperingkat dengan mengadaptasi teknologi dari negara maju termasuk China bagi meningkatkan kecekapan pengurusan sisa pepejal.
“Di bawah RMK13,kerajaan telah mensasarkan perkhidmatan turut diperluas ke kawasan luar bandar supaya bumi kita dapat dipelihara dengan pengurusan sisa pepejal lebih efektif. Sebelum ini penduduk kampung melupuskan sampah dengan cara tersendiri hingga berlaku pencemaran. Insha-Allah,kami menyambut baik rancangan ini agar penduduk luar bandar turut menikmati kemudahan seperti di kawasan bandar,” katanya.
Melaka menjadi projek rintis menerusi penggunaan motosikal roda tiga elektrik oleh kakitangan SWM Environment Sdn Bhd dalam operasi pembersihan.
Khalid berkata demikian selepas melancarkan Jentera EV SWM Environment dan Operasi Bebas Habuk (No Dust) di Perkarangan Bangunan Merah,Banda Hilir.
Menurut beliau,pihaknya kini sedang mengenal pasti kampung-kampung yang akan terlibat dalam pelaksanaan projek tersebut.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur