2025-08-29 HaiPress

Malaysia terus meraih keyakinan pelabur BRICS dengan jumlah pelaburan diluluskan mencecah RM8.54 bilion pada suku pertama 2025.
KUALA LUMPUR,28 Ogos - Malaysia terus meraih minat dan keyakinan pelabur negara anggota BRICS dengan jumlah pelaburan diluluskan mencecah RM8.54 bilion bagi suku pertama 2025.
Menurut Kementerian Pelaburan,Perdagangan dan Industri (MITI),data berdasarkan sumber muktamad itu menunjukkan aliran pelaburan kebanyakannya disumbangkan oleh China,India,Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Afrika Selatan.
"Daripada jumlah itu,sebanyak RM8.23 bilion atau 96.37 peratus merupakan pelaburan dalam sektor perkilangan,manakala RM0.27 bilion atau 3.63 peratus adalah pelaburan dalam sektor perkhidmatan.
"Pelaburan diluluskan bagi tempoh Januari hingga Mac 2025 ini dijangka mewujudkan peluang pekerjaan sebanyak 3,990 dalam sektor perkilangan dan 2,837 bagi sektor perkhidmatan," jelas MITI menerusi jawapan bertulis disiarkan di laman sesawang Parlimen.
Kenyataan itu sebagai menjawab pertanyaan Ahmad Fakhruddin Fakhrurazi (PN-Kuala Kedah) mengenai jumlah sebenar pulangan pelaburan antarabangsa ke dalam negara selepas Malaysia menyertai blok BRICS pada awal 2025.
Mengulas lanjut,jumlah pelaburan itu menunjukkan potensi besar dalam sektor strategik seperti teknologi hijau,ekonomi digital dan infrastruktur.
"Penyertaan dalam BRICS turut memberi nilai tambah dari segi pengiktirafan terhadap peranan Malaysia sebagai negara progresif dan berprinsip.
"Ini membuka pintu kepada pasaran baharu,memperkukuh interaksi dengan kuasa ekonomi utama di selatan global serta mengangkat pendirian Malaysia dalam memperjuangkan sistem kewangan dan perdagangan global lebih adil dan seimbang," katanya.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur