2025-08-29 HaiPress

Foto hiasan
KUALA LUMPUR,28 Ogos - FGV Holdings Berhad (FGV) secara rasminya dinyahsenarai daripada Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Berhad berkuatkuasa pukul 9.00 pagi hari ini.
Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) dalam satu kenyataan memaklumkan,perkara tersebut dibuat selepas saham FGV digantung daripada dagangan pada 25 Ogos lalu.
Sehingga kini,FELDA bersama pihak-pihak lain yang bertindak seiring dengannya (PACs) memiliki 95.29 peratus daripada jumlah keseluruhan saham FGV.
''Langkah ini menandakan permulaan fasa baharu bagi FELDA dalam memperkukuh struktur korporat,mengoptimumkan operasi ladang serta meningkatkan pulangan ekonomi kepada FELDA dan pemegang taruh utama iaitu peneroka.
''Penyahsenaraian ini juga membolehkan FELDA mengawal rantaian nilai industri sawit sepenuhnya,termasuk pengurusan hasil dan kos operasi ladang,sekaligus meningkatkan produktiviti,mengoptimumkan kos,serta memaksimumkan pulangan secara konsisten,'' menurut kenyataan itu.
Pemegang saham yang menolak Tawaran Pengambilalihan Sukarela Tanpa Syarat masih boleh melaksanakan hak bagi menjual pegangan saham FGV kepada FELDA sehingga 15 Januari 2026 sebelum jam 5.00 petang selaras notis FELDA kepada pemegang saham bertarikh 22 Ogos 2025.
FELDA yakin bahawa penyusunan semula ekosistem Kumpulan secara menyeluruh,dapat memacu pertumbuhan yang lebih mampan,meningkatkan daya saing di peringkat global dan menjamin kesejahteraan komuniti peneroka untuk jangka masa panjang.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur