2025-08-29 HaiPress

Datuk Lee Chun Fai
KUALA LUMPUR,28 Ogos - IJM Corporation Bhd kekal optimis terhadap prospek pertumbuhannya tahun ini,disokong nilai perolehan kontrak bagi projek pembinaannya.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan merangkap Pengarah UrusannyaDatuk Lee Chun Fai berkata,dua pertiga daripada nilai perolehan kontrak semasa disumbangkan oleh pembangunan industri terutamanya pusat data.
Peralihan kepada projek industri meletakkan IJM dilandasan pertumbuhan mampan dengan menyasarkan nilai perolehan kontrak pembinaan baharusehingga RM8 bilion tahun ini.
''Permintaan bagi pusat data telah berkembang dengan sangat kukuh di Johor berdasarkan pemerhatian kami. Kami telah kemukakan empat tender setakat ini dan proses bidaan tender-tender tersebut sedang berjalan dengan baik.
''Kami jangka untuk tempoh tiga hingga empat tahun akan datang,aliran pelaburan melibatkan pusat data ini masih kekal kukuh,'' katanya pada taklimat media mesyuarat agung tahunan IJM ke-41 di ibu negara,hari ini.
Selain pendapatan berasaskan projek,pihaknya berhasrat untuk mengembangkan sumber pendapatan berulang melalui hartanah pelaburan,khususnya di UK.
''Pendapatan berulang akan memberikan kestabilan dan penciptaan nilai jangka masa panjang,membantu mengimbangi sifat kitaran pembangunan hartanah dan pembinaan,'' katanya.
USTEU will showcase its full scenario charging solution at ENERtec ASIA 2026 in Malaysia
GSF 2.0: Malaysia-Turkiye bekerjasama bawa pulang 29 rakyat Malaysia
Perhebat usaha diplomatik, bebas 29 rakyat Malaysia ditahan Israel
535 warga kerja sektor penyiaran dan komunikasi terima APC
RUU warga emas dibentang pada sesi parlimen akan datang
Wanita maut, anak parah dirempuh lori
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur