2025-08-29 HaiPress

Foto Axiata
KUALA LUMPUR,28 Ogos – Axiata Group Bhd (Axiata) berjaya mengurangkan jumlah hutang kumpulannya kepada RM17.7 bilion pada separuh pertama 2025,berbanding lebih RM22 bilion pada suku pertama tahun ini,sekali gus memperkukuh kedudukan kewangannya.
Ketua Pegawai Kewangan Kumpulannya,Nik Rizal Kamil Nik Ibrahim Kamil berkata,pengurangan besar itu dicapai hasil penstrukturan kewangan susulan penggabungan XL Axiata dan Smartfren,selain pembayaran balik pinjaman pelbagai mata wang berjumlah AS$250 juta atau kira-kira RM1.1 bilion yang matang pada Jun lalu.
"Seperti yang anda sedia maklum,kami telah menyempurnakan penggabungan XL Axiata dan Smartfren pada pertengahan April.
''Justeru,bagi tempoh dua bulan setengah dalam suku kedua,entiti baharu hasil penggabungan itu iaitu XL Smart yang kini 36.9 peratus dimiliki oleh Axiata dikira sebagai syarikat kawalan bersama dan seterusnya diambil kira sebagai syarikat bersekutu dalam penyata kewangan," katanya.
Beliau berkata demikian dalam taklimat media prestasi kewangan separuh pertama 2025.
Langkah tersebut menurunkan nisbah hutang bersih kepada EBITDA kumpulan kepada 2.76 kali,dan syarikat yakin berada pada landasan tepat untuk mencapai sasaran 2.5 kali menjelang 2026.
Tambahnya lagi,dengan kedudukan kewangan yang lebih kukuh,Axiata kini mempunyai ruang lebih luas untuk membiayai pelaburan strategik termasuk pembangunan rangkaian 5G,di samping mengekalkan disiplin modal bagi memastikan pulangan mampan kepada pemegang saham melalui dividen yang lebih baik.
Kumpulan itu mencatatkan keuntungan sebanyak RM431 juta,dipacu oleh keuntungan strategik,pengurusan kos berdisiplin,pengurangan hutang dan pajakan yang ketara,serta pemulihan menyeluruh dalam aset pasaran hadapannya.
USTEU will showcase its full scenario charging solution at ENERtec ASIA 2026 in Malaysia
GSF 2.0: Malaysia-Turkiye bekerjasama bawa pulang 29 rakyat Malaysia
Perhebat usaha diplomatik, bebas 29 rakyat Malaysia ditahan Israel
535 warga kerja sektor penyiaran dan komunikasi terima APC
RUU warga emas dibentang pada sesi parlimen akan datang
Wanita maut, anak parah dirempuh lori
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur