2025-08-29 HaiPress

Foto hiasan
KUALA LUMPUR,28 Ogos - Syarikat pengurusan unit amanah milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB),Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB),mengisytiharkan pembayaran pengagihan pendapatan 4.75 sen seunit untuk dana harga tetapnya,Amanah Saham Malaysia 2 – Wawasan (ASM 2 Wawasan) bagi tahun kewangan berakhir 31 Ogos 2025.
PNB dalam satu kenyataan memaklumkan,pengagihan pendapatan keseluruhan berjumlah RM1.18 bilion itu memanfaatkan 983,505 pemegang unit dengan pegangan 25.5 bilion unit.
Dividen yang diisytiharkan oleh ASM 2 Wawasan akan dilaburkan semula secara automatik ke dalam akaun pemegang unit pada 1 September 2025.
Sehingga 25 Ogos 2025,ASM 2 Wawasan mencatatkan pendapatan bersih terealisasi sebanyak RM1.24 bilion.
''Di sebalik persekitaran pasaran ekuiti domestik yang mencabar,terutamanya pada separuh pertama tahun ini,ASM 2 Wawasan telah menunjukkan ketahanan dengan mengekalkan pengagihan kompetitif,sama seperti tahun sebelumnya.
''Prestasi dana ini mencerminkan pendekatan pelaburan berdisiplin PNB,strategi portfolio yang teguh,amalan pengurusan risiko yang kukuh,serta komitmen jangka panjang bagi menjana pulangan yang mampan,'' menurut PNB dalam satu kenyataan,hari ini.
Kepelbagaian portfolio juga terus berkembang dengan baik,selari dengan Sasaran Peruntukan Aset Strategik dana,dengan peningkatan peruntukan kepada pendapatan tetap dan aset global.
Sebahagian besar pendapatan dana ini diperoleh daripada keuntungan direalisasi dan pendapatan dividen melalui portfolio yang pelbagai meliputi ekuiti domestik dan global.
Sementara itu PNB memaklumkan,urus niaga bagi ASM 2 Wawasan di cawangan dan ejen ASNB,termasuk semua saluran dalam talian dan perbankan internet,akan digantung sementara dari 30 hingga 31 Ogos 2025 bagi tujuan pengiraan agihan pendapatan.
Pemegang unit boleh menyambung semula urus niaga melalui portal myASNB dan aplikasi mudah alih myASNB mulai 1 September 2025 atau di mana-mana cawangan dan ejen ASNB di seluruh negara mulai 2 September 2025.
SOUEAST returns to Dubai Fashion Week as official automotive partner, redefining aesthetics of mobility
Pengaruh Thailand dengan berjuta-juta pengikut berpusu-pusu ke Gunung Emei untuk perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bertaraf antarabangsa, menjadikannya tarikan utama
Daripada Bon Perbendaharaan AS kepada Komoditi Fizikal: BullNus Cuba Membina Kitaran Tertutup Perniagaan RWA Berpacukan "Dunia Fizikal"
Pelindung dalam Pasaran Volatil: Kepentingan 'Copy Trading' Terjamin Modal Websea
RF RACER Brand Leverages Motorsport Heritage for Engineering Excellence
Paradigma Baharu untuk Laluan Pengundian: Daripada Pengagregatan Maklumat kepada Pengaset Konsensus, Penentuan Kedudukan dan Pelaksanaan Praktikal OracleX.
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur